*SMART SNAKE CATCHER KIT BUKAN SEKADAR INOVASI*

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Bersekutu di PTSN atas penghasilan Smart Snake Catcher Kit ini yang bukan sahaja mencerminkan kreativiti dan daya inovasi tinggi, malah mampu meningkatkan kecekapan operasi serta keselamatan anggota dalam menangani kes berkaitan ular di lapangan. Inisiatif ini turut membuktikan komitmen berterusan warga PTSN dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan yang lebih moden, efektif dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Simbolik penyerahan alat ini telah disampaikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN kepada Ys. PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah APM Johor. Penyerahan sepuluh (10) unit Smart Snake Catcher Kit untuk kegunaan pengoperasian harian sepulu (10) Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM di Negeri Johor.

Smart Snake Catcher Kit merupakan hasil buah fikiran kreatif dan kolaborasi strategik antara Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang bersama pihak Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN), Pagoh, Johor.

Antara keistimewaan Smart Snake Catcher Kit ini adalah :

1. Mesra Alam & Haiwan : Direka khas untuk memastikan ular yang ditangkap tidak mengalami sebarang kecederaan.

2. Keselamatan Maksimum : Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan bagi melindungi pengendali daripada risiko patukan atau serangan semasa operasi dilakukan.

3. Inovasi ini adalah bukti komitmen APM dalam memartabatkan sains dan teknologi demi meningkatkan kecekapan operasi di lapangan.

Untuk makluman juga, Inovasi ini berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam (AIPA) Tahun 2024.

Media APM Johor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid09uwAUyWMWqHorUV49u41juorBsPnmZHFjNpSnrCxB1ghdWnPCeebyHdkeQaKp2wxl
*SMART SNAKE CATCHER KIT BUKAN SEKADAR INOVASI* Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Bersekutu di PTSN atas penghasilan Smart Snake Catcher Kit ini yang bukan sahaja mencerminkan kreativiti dan daya inovasi tinggi, malah mampu meningkatkan kecekapan operasi serta keselamatan anggota dalam menangani kes berkaitan ular di lapangan. Inisiatif ini turut membuktikan komitmen berterusan warga PTSN dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan yang lebih moden, efektif dan berimpak tinggi kepada masyarakat. Simbolik penyerahan alat ini telah disampaikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah PTSN kepada Ys. PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah APM Johor. Penyerahan sepuluh (10) unit Smart Snake Catcher Kit untuk kegunaan pengoperasian harian sepulu (10) Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM di Negeri Johor. Smart Snake Catcher Kit merupakan hasil buah fikiran kreatif dan kolaborasi strategik antara Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang bersama pihak Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN), Pagoh, Johor. Antara keistimewaan Smart Snake Catcher Kit ini adalah : 1. Mesra Alam & Haiwan : Direka khas untuk memastikan ular yang ditangkap tidak mengalami sebarang kecederaan. 2. Keselamatan Maksimum : Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan bagi melindungi pengendali daripada risiko patukan atau serangan semasa operasi dilakukan. 3. Inovasi ini adalah bukti komitmen APM dalam memartabatkan sains dan teknologi demi meningkatkan kecekapan operasi di lapangan. Untuk makluman juga, Inovasi ini berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan Anugerah Inovasi Pertahanan Awam (AIPA) Tahun 2024. Media APM Johor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/APMJohor/posts/pfbid09uwAUyWMWqHorUV49u41juorBsPnmZHFjNpSnrCxB1ghdWnPCeebyHdkeQaKp2wxl
0 Comments 0 Shares 3 Views 0 Reviews