#KEPIMPINAN

MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA BILANGAN 2/2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN

Sekitar Majlis Perhimpunan Setia Bilangan 2/2026 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, profesionalisme dan kebersamaan warga APM.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS KPj.(PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kehadiran beliau jelas mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi jabatan dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi serta kebajikan warga APM.

Majlis ini turut menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat kepimpinan, memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta menghargai komitmen pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas kepada masyarakat dan negara.

Turut berlangsung dalam majlis ini adalah sesi penyampaian kenaikan pangkat kepada pegawai APM Wilayah Persekutuan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Tahniah diucapkan kepada seramai 26 pegawai APM Wilayah Persekutuan yang telah menerima kenaikan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan komitmen selaras dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Selain itu, majlis ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan jaket keselamatan daripada Yayasan Petronas sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap peranan serta kesiapsiagaan warga APM dalam menjalankan tugas membantu masyarakat dan pengurusan bencana.

Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah

#APMsanasini
#APM
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#DekadPlatinum221
#DekadPlatinumAPM
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#PekaAmaran
#BersamaMALAYSIAKU

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid0mcELJx1xctBnNgBQzAWZEBpaB3NSGywTtifR9poMf2u9JNDvwqwYzANHvYvxe8LHl
#KEPIMPINAN MAJLIS PERHIMPUNAN SETIA BILANGAN 2/2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN Sekitar Majlis Perhimpunan Setia Bilangan 2/2026 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, profesionalisme dan kebersamaan warga APM. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS KPj.(PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kehadiran beliau jelas mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi jabatan dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi serta kebajikan warga APM. Majlis ini turut menjadi platform penting dalam menyampaikan amanat kepimpinan, memperkukuhkan semangat kerja berpasukan serta menghargai komitmen pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas kepada masyarakat dan negara. Turut berlangsung dalam majlis ini adalah sesi penyampaian kenaikan pangkat kepada pegawai APM Wilayah Persekutuan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, dedikasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Tahniah diucapkan kepada seramai 26 pegawai APM Wilayah Persekutuan yang telah menerima kenaikan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan komitmen selaras dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Selain itu, majlis ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan jaket keselamatan daripada Yayasan Petronas sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap peranan serta kesiapsiagaan warga APM dalam menjalankan tugas membantu masyarakat dan pengurusan bencana. Jabatan Perdana Menteri Mohd Rosman Abdullah #APMsanasini #APM #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #DekadPlatinum221 #DekadPlatinumAPM #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #PekaAmaran #BersamaMALAYSIAKU --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid0mcELJx1xctBnNgBQzAWZEBpaB3NSGywTtifR9poMf2u9JNDvwqwYzANHvYvxe8LHl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews