#KEPIMPINAN

Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Bil. 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 15 Februari 2026 (Ahad) dengan penuh istiadat dan semangat kebersamaan.

Majlis telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Ghazali Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bersama Kol. (PA) Mohd Rosman Bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan serta Mej. (PA) Nur Azmiani Binti Ambatang, Timbalan Pengarah APM Wilayah Persekutuan.

Dalam majlis ini, seramai 12 pegawai APM Wilayah Persekutuan telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Awam (P.P.A) dan Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S) Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen yang dicurahkan.

Selain itu, seramai 21 pegawai bersekutu turut menerima watikah pelantikan baharu, manakala 30 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menerima kenaikan pangkat sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan kenaikan pangkat. Semoga terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan semangat setia kepada organisasi serta masyarakat.

Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rosman Abdullah

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid02zNZiscTzc5AqCETREEx3gG7w8HoJU8cPk2pbo8iCMYKkMZRDZ41cKh2J9ZW3KeNVl
#KEPIMPINAN Majlis Perhimpunan Setia Angkatan Pertahanan Awam Bil. 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada 15 Februari 2026 (Ahad) dengan penuh istiadat dan semangat kebersamaan. Majlis telah disempurnakan oleh YAS TPj. (PA) Ghazali Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, bersama Kol. (PA) Mohd Rosman Bin Abdullah, Pengarah APM Wilayah Persekutuan serta Mej. (PA) Nur Azmiani Binti Ambatang, Timbalan Pengarah APM Wilayah Persekutuan. Dalam majlis ini, seramai 12 pegawai APM Wilayah Persekutuan telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Awam (P.P.A) dan Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S) Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen yang dicurahkan. Selain itu, seramai 21 pegawai bersekutu turut menerima watikah pelantikan baharu, manakala 30 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menerima kenaikan pangkat sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan. Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan kenaikan pangkat. Semoga terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan semangat setia kepada organisasi serta masyarakat. Jabatan Perdana Menteri Mohd Rosman Abdullah #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid02zNZiscTzc5AqCETREEx3gG7w8HoJU8cPk2pbo8iCMYKkMZRDZ41cKh2J9ZW3KeNVl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews