#KEPIMPINAN

Pada 25 November 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan telah dijemput untuk menyertai pameran reruai sempena Perhimpunan Bulanan INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Penyertaan ini memberikan peluang kepada APM untuk memperkenalkan peranan, tanggungjawab, dan sumbangan organisasi kepada masyarakat serta agensi lain.

Program ini turut menampilkan perkongsian oleh Kapt. (PA) Ahmad Shahfikri bin Darus, Ketua Sektor Operasi, yang bertemakan “Erti Lelaki Nilai Wanita”. Perkongsian ini bertujuan untuk memberikan panduan dan kesedaran mengenai nilai diri, penghargaan terhadap orang lain, serta pembangunan sahsiah yang positif dalam masyarakat.

Diharapkan penyertaan dalam pameran dan perkongsian ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan peranan APM dalam mendidik masyarakat, tetapi juga meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan nilai dan etika, sambil membuka ruang untuk mempereratkan hubungan kerjasama antara agensi dan komuniti.

Mohd Rosman Abdullah
Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid0C569BES5RrpDFX993dLC4qENTYtBNnHpsozwGxszDnQ4Rqm4J8fwxuGgWaNjSBSLl
#KEPIMPINAN Pada 25 November 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara, Angkatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan telah dijemput untuk menyertai pameran reruai sempena Perhimpunan Bulanan INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Penyertaan ini memberikan peluang kepada APM untuk memperkenalkan peranan, tanggungjawab, dan sumbangan organisasi kepada masyarakat serta agensi lain. Program ini turut menampilkan perkongsian oleh Kapt. (PA) Ahmad Shahfikri bin Darus, Ketua Sektor Operasi, yang bertemakan “Erti Lelaki Nilai Wanita”. Perkongsian ini bertujuan untuk memberikan panduan dan kesedaran mengenai nilai diri, penghargaan terhadap orang lain, serta pembangunan sahsiah yang positif dalam masyarakat. Diharapkan penyertaan dalam pameran dan perkongsian ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan peranan APM dalam mendidik masyarakat, tetapi juga meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan nilai dan etika, sambil membuka ruang untuk mempereratkan hubungan kerjasama antara agensi dan komuniti. Mohd Rosman Abdullah Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid0C569BES5RrpDFX993dLC4qENTYtBNnHpsozwGxszDnQ4Rqm4J8fwxuGgWaNjSBSLl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews