#KEPIMPINAN

MAJLIS JASAMU DIKENANG MANTAN KETUA PESURUHJAYA APM

Isnin, 10 November 2025 – Majlis Jasamu Dikenang Mantan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diadakan di Perkarangan Lobi dan Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia pada petang tadi.

Majlis ini dibuat bertujuan untuk mengenang jasa dan menghargai sumbangan YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya APM bermula 1 Disember 2021 hingga 2 November 2025. Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan langkah penambahbaikan telah dilaksanakan dalam memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya APM; YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM; Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, pegawai kanan serta warga kerja Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis ini turut menjadi simbol penghargaan dan penghormatan atas kepimpinan serta dedikasi YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed dalam memperkukuh peranan dan imej Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Mohd Rosman Abdullah
Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid026c3uzRu56obq5BF4SWdXZBusdxnxQxzyLtTsS62NznSTCMDChrgqh12oHEx8Bo37l
#KEPIMPINAN MAJLIS JASAMU DIKENANG MANTAN KETUA PESURUHJAYA APM Isnin, 10 November 2025 – Majlis Jasamu Dikenang Mantan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diadakan di Perkarangan Lobi dan Auditorium Tun Teja, Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia pada petang tadi. Majlis ini dibuat bertujuan untuk mengenang jasa dan menghargai sumbangan YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya APM bermula 1 Disember 2021 hingga 2 November 2025. Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan langkah penambahbaikan telah dilaksanakan dalam memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YAS Tuan Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya APM; YAS TPj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM; Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, pegawai kanan serta warga kerja Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia. Majlis ini turut menjadi simbol penghargaan dan penghormatan atas kepimpinan serta dedikasi YBhg. Datuk Aminurrahim bin Mohamed dalam memperkukuh peranan dan imej Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Mohd Rosman Abdullah Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid026c3uzRu56obq5BF4SWdXZBusdxnxQxzyLtTsS62NznSTCMDChrgqh12oHEx8Bo37l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews