#LATIHAN

Simulasi Bencana Tanah Runtuh Arahan NADMA No.1 Peringkat WPKL 2025 telah berlangsung pada 18 September 2025 di kawasan berbukit bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Wakil Pengerusi JPBD adalah Tuan Md. Aznan bin Md. Zaini daripada Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dikoordinasikan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Mej. (PA) Mohamad Aminullah bin Zulkafly selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah. Latih amal kali ini turut melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi pengurusan bencana di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Seramai 296 pegawai dan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta agensi lain turut terlibat dalam menjayakan simulasi ini.

Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam simulasi adalah seramai 31 orang dewasa. Daripada jumlah tersebut, 25 orang mengalami kecederaan yang terdiri daripada 19 lelaki dewasa dan 6 perempuan dewasa, manakala seorang mangsa perempuan dewasa dilaporkan selamat. Selain itu, 5 lelaki dewasa disahkan meninggal dunia dalam senario simulasi berkenaan.

Penganjuran simulasi ini bukan sahaja menguji tahap kesiapsiagaan, malah turut memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara agensi bagi memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan ketika berlakunya bencana sebenar. Melalui program ini juga, para peserta dapat meningkatkan kemahiran, berkongsi kepakaran serta memahami dengan lebih jelas peranan masing-masing dalam pengurusan bencana.

Diharapkan latihan ini menjadi landasan untuk memperkukuh kerjasama berterusan antara agensi, seterusnya memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

@jabatanperdanamenteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid02MFvaQptKWYRu4fkXdspL17Eo2QpJq18Jum4uM3Tv9Dv3KRy3rziFbUmBk2qbHJzXl
#LATIHAN Simulasi Bencana Tanah Runtuh Arahan NADMA No.1 Peringkat WPKL 2025 telah berlangsung pada 18 September 2025 di kawasan berbukit bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Wakil Pengerusi JPBD adalah Tuan Md. Aznan bin Md. Zaini daripada Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dikoordinasikan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Mej. (PA) Mohamad Aminullah bin Zulkafly selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah. Latih amal kali ini turut melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi pengurusan bencana di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Seramai 296 pegawai dan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta agensi lain turut terlibat dalam menjayakan simulasi ini. Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam simulasi adalah seramai 31 orang dewasa. Daripada jumlah tersebut, 25 orang mengalami kecederaan yang terdiri daripada 19 lelaki dewasa dan 6 perempuan dewasa, manakala seorang mangsa perempuan dewasa dilaporkan selamat. Selain itu, 5 lelaki dewasa disahkan meninggal dunia dalam senario simulasi berkenaan. Penganjuran simulasi ini bukan sahaja menguji tahap kesiapsiagaan, malah turut memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara agensi bagi memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan ketika berlakunya bencana sebenar. Melalui program ini juga, para peserta dapat meningkatkan kemahiran, berkongsi kepakaran serta memahami dengan lebih jelas peranan masing-masing dalam pengurusan bencana. Diharapkan latihan ini menjadi landasan untuk memperkukuh kerjasama berterusan antara agensi, seterusnya memberi jaminan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. @jabatanperdanamenteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/page.apmwp/posts/pfbid02MFvaQptKWYRu4fkXdspL17Eo2QpJq18Jum4uM3Tv9Dv3KRy3rziFbUmBk2qbHJzXl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews