#KEPRIHATINAN

332 KARTON AIR MINERAL DISALUR BANTU PENDUDUK TERJEJAS GANGGUAN BEKALAN AIR DI SEDUKU, LINGGA

LINGGA: Sebanyak 332 karton air mineral telah diagihkan kepada penduduk di beberapa rumah panjang dan kampung di kawasan Seduku dan Lingga sebagai langkah membantu mereka yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak beberapa minggu lalu.

Menurut kenyataan media Saberkas Cawangan Lingga, bantuan itu diselaraskan bagi memastikan keperluan bekalan air minuman penduduk dapat dipenuhi sementara menunggu bekalan air kembali pulih.

Agihan bantuan tersebut dilaksanakan oleh wakil Saberkas Lingga dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sekali gus memastikan proses penghantaran berjalan lancar, teratur dan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Rumah Johnson di Seduku Ulu menerima agihan terbesar iaitu sebanyak 78 karton air mineral, diikuti Rumah Jemmy di Tanjung Aboi sebanyak 46 karton.

Selain itu, Rumah Tuntu di Seduku Ili dan Rumah Laka di Kampung Upik masing-masing menerima 34 karton air mineral.

Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika berdepan situasi yang menjejaskan kehidupan harian.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/332-karton-air-mineral-disalur-bantu-penduduk-terjejas-gangguan-bekalan-air-di-seduku-lingga

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Xi3JydfVxgVkHH2fG7dhtofoSpixuvL51b65Zz7AfTcvNbYzmGyoHDprg8qn3KEol
#KEPRIHATINAN 332 KARTON AIR MINERAL DISALUR BANTU PENDUDUK TERJEJAS GANGGUAN BEKALAN AIR DI SEDUKU, LINGGA LINGGA: Sebanyak 332 karton air mineral telah diagihkan kepada penduduk di beberapa rumah panjang dan kampung di kawasan Seduku dan Lingga sebagai langkah membantu mereka yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak beberapa minggu lalu. Menurut kenyataan media Saberkas Cawangan Lingga, bantuan itu diselaraskan bagi memastikan keperluan bekalan air minuman penduduk dapat dipenuhi sementara menunggu bekalan air kembali pulih. Agihan bantuan tersebut dilaksanakan oleh wakil Saberkas Lingga dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sekali gus memastikan proses penghantaran berjalan lancar, teratur dan sampai kepada golongan yang memerlukan. Rumah Johnson di Seduku Ulu menerima agihan terbesar iaitu sebanyak 78 karton air mineral, diikuti Rumah Jemmy di Tanjung Aboi sebanyak 46 karton. Selain itu, Rumah Tuntu di Seduku Ili dan Rumah Laka di Kampung Upik masing-masing menerima 34 karton air mineral. Menurut kenyataan itu, usaha berkenaan mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika berdepan situasi yang menjejaskan kehidupan harian. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/332-karton-air-mineral-disalur-bantu-penduduk-terjejas-gangguan-bekalan-air-di-seduku-lingga Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02Xi3JydfVxgVkHH2fG7dhtofoSpixuvL51b65Zz7AfTcvNbYzmGyoHDprg8qn3KEol
Like
1
0 Comments 0 Shares 10 Views 0 Reviews