#BILIKGERAKAN

BUAYA DIKESAN BERHAMPIRAN PANTAI DI SEMATAN, ORANG RAMAI DIINGATKAN BERWASPADA

LUNDU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sematan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan mengenai kemunculan seekor buaya di pesisir pantai di Sematan, pagi tadi.

Jurucakap APM Daerah Lundu Sematan berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sematan menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.10 pagi.

Menurutnya, pengadu memaklumkan terdapat kelibat seekor buaya di tepi pantai dan memohon bantuan APM untuk membuat pemantauan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemantauan mendapati buaya terbabit telah masuk semula ke dalam air dan tidak lagi mengancam keselamatan orang awam ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook APM Daerah Lundu Sematan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling ketika berada di kawasan persisiran Pantai Sematan.

Katanya, kawasan pantai itu sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai kehadiran buaya dan orang ramai diminta mengutamakan aspek keselamatan serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengundang risiko.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/07/21/buaya-dikesan-berhampiran-pantai-di-sematan-orang-ramai-diingatkan-berwaspada

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Lundu Sematan

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0rsoMxn8GMYqVCP2yRcT2xBDPAXvtp9rWDNXcErt6f89fUQu2xSLEa5j1DZ9xXB5Rl
#BILIKGERAKAN BUAYA DIKESAN BERHAMPIRAN PANTAI DI SEMATAN, ORANG RAMAI DIINGATKAN BERWASPADA LUNDU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sematan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan mengenai kemunculan seekor buaya di pesisir pantai di Sematan, pagi tadi. Jurucakap APM Daerah Lundu Sematan berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sematan menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.10 pagi. Menurutnya, pengadu memaklumkan terdapat kelibat seekor buaya di tepi pantai dan memohon bantuan APM untuk membuat pemantauan di kawasan berkenaan. “Hasil pemantauan mendapati buaya terbabit telah masuk semula ke dalam air dan tidak lagi mengancam keselamatan orang awam ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook APM Daerah Lundu Sematan, hari ini. Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling ketika berada di kawasan persisiran Pantai Sematan. Katanya, kawasan pantai itu sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai kehadiran buaya dan orang ramai diminta mengutamakan aspek keselamatan serta mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mengundang risiko. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/07/21/buaya-dikesan-berhampiran-pantai-di-sematan-orang-ramai-diingatkan-berwaspada Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM Lundu Sematan #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0rsoMxn8GMYqVCP2yRcT2xBDPAXvtp9rWDNXcErt6f89fUQu2xSLEa5j1DZ9xXB5Rl
Like
1
0 Comments 0 Shares 8 Views 0 Reviews