#ASPIRASI

TIPS KESELAMATAN SEMASA JEREBU

Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan semasa jerebu.

Untuk makluman, jerebu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya pada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Antara tips keselamatan semasa jerebu yang boleh diambil adalah seperti berikut :-

1. 𝗟𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮
- Hadkan masa anda luar rumah. Elakkan bersenam atau membuat kerja berat di kawasan terbuka dan sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah.

2. 𝗞𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗱𝗿𝗮𝘁
- Minum sekurang-kurangnya lapan (8) gelas air sehari serta basuh muka dan tangan dengan bersih setiap kali pulang dari luar.

3. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵
- Tutup semua pintu dan tingkap rumah untuk mengelakkan habuk jerebu masuk serta gunakan alat penapis udara bagi membersihkan udara di dalam bilik.

4. 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂
- Pasang alat pendingin udara di dalam kereta dan tetapkan pada mod "edar semula udara" bagi menghalang udara luar yang kotor masuk ke dalam kereta.
- Jika jerebu sangat tebal, digalakkan membuka lampu hadapan kenderaan supaya pemandu lain dapat melihat kenderaan anda dengan jelas.

Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, kita dapat melindungi kesihatan dan meningkatkan keselamatan kita sepanjang musim jerebu.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0LmRQy9oJdtiL7fK8bA8qY93hukCnUSPzshDWgsfw7q7HLaiKRCFHpYt1BnT6ZnL7l
#ASPIRASI TIPS KESELAMATAN SEMASA JEREBU Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan semasa jerebu. Untuk makluman, jerebu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya pada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan. Antara tips keselamatan semasa jerebu yang boleh diambil adalah seperti berikut :- 1. 𝗟𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 - Hadkan masa anda luar rumah. Elakkan bersenam atau membuat kerja berat di kawasan terbuka dan sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah. 2. 𝗞𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗱𝗿𝗮𝘁 - Minum sekurang-kurangnya lapan (8) gelas air sehari serta basuh muka dan tangan dengan bersih setiap kali pulang dari luar. 3. 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 - Tutup semua pintu dan tingkap rumah untuk mengelakkan habuk jerebu masuk serta gunakan alat penapis udara bagi membersihkan udara di dalam bilik. 4. 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝘂 - Pasang alat pendingin udara di dalam kereta dan tetapkan pada mod "edar semula udara" bagi menghalang udara luar yang kotor masuk ke dalam kereta. - Jika jerebu sangat tebal, digalakkan membuka lampu hadapan kenderaan supaya pemandu lain dapat melihat kenderaan anda dengan jelas. Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, kita dapat melindungi kesihatan dan meningkatkan keselamatan kita sepanjang musim jerebu. Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat. Disediakan oleh : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0LmRQy9oJdtiL7fK8bA8qY93hukCnUSPzshDWgsfw7q7HLaiKRCFHpYt1BnT6ZnL7l
Like
1
0 Comments 0 Shares 7 Views 0 Reviews