#ASPIRASI

APM KOMITED PERKASA PERANAN MELALUI PENINGKATAN PENYERTAAN MASYARAKAT

KOTA SAMARAHAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) komited memperkasakan peranannya melalui peningkatan penyertaan masyarakat bagi mendepani krisis dan bencana dengan lebih efektif.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang menegaskan, langkah itu selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang komited memastikan APM terus relevan sebagai antara sayap penting kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dan pertahanan awam negara.

Katanya, penglibatan komuniti yang lebih meluas bukan sahaja meningkatkan kesedaran awam, malah membolehkan APM sentiasa bersiap sedia dalam kehidupan seharian masyarakat.

"Hasrat beliau (Ahmad Zahid) adalah supaya APM sentiasa berada di mana-mana, bukan hanya ketika berlakunya kecemasan atau bencana.

"Sejak tahun lepas, APM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk menempatkan anggota di majlis rasmi kerajaan dan program tumpuan awam seperti pasar malam serta bazar Ramadan bagi membolehkan bantuan segera diberikan sekiranya berlaku sebarang insiden," katanya.

Terdahulu, beliau menjawab pertanyaan media berhubung saranan Ahmad Zahid bahawa peranan APM di seluruh negara perlu diselaras dan diperkasa agar sentiasa relevan dan siapsiaga berhadapan bencana yang semakin kompleks.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pentauliahan Kor SISPA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.utusanborneo.com.my/2026/07/18/apm-komited-perkasa-peranan-melalui-peningkatan-penyertaan-masyarakat

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Borneo Online

Rubiah Wang
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Kor Sispa Unimas

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid024TswjzmKYX7eXC6336MLLTJvpP5dwFyNqGYguidY9owowJWZomwRwgQ1Gd5C4XNVl
#ASPIRASI APM KOMITED PERKASA PERANAN MELALUI PENINGKATAN PENYERTAAN MASYARAKAT KOTA SAMARAHAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) komited memperkasakan peranannya melalui peningkatan penyertaan masyarakat bagi mendepani krisis dan bencana dengan lebih efektif. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang menegaskan, langkah itu selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang komited memastikan APM terus relevan sebagai antara sayap penting kerajaan dalam memperkukuh keselamatan dan pertahanan awam negara. Katanya, penglibatan komuniti yang lebih meluas bukan sahaja meningkatkan kesedaran awam, malah membolehkan APM sentiasa bersiap sedia dalam kehidupan seharian masyarakat. "Hasrat beliau (Ahmad Zahid) adalah supaya APM sentiasa berada di mana-mana, bukan hanya ketika berlakunya kecemasan atau bencana. "Sejak tahun lepas, APM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk menempatkan anggota di majlis rasmi kerajaan dan program tumpuan awam seperti pasar malam serta bazar Ramadan bagi membolehkan bantuan segera diberikan sekiranya berlaku sebarang insiden," katanya. Terdahulu, beliau menjawab pertanyaan media berhubung saranan Ahmad Zahid bahawa peranan APM di seluruh negara perlu diselaras dan diperkasa agar sentiasa relevan dan siapsiaga berhadapan bencana yang semakin kompleks. Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pentauliahan Kor SISPA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.utusanborneo.com.my/2026/07/18/apm-komited-perkasa-peranan-melalui-peningkatan-penyertaan-masyarakat Dipetik daripada akhbar: Utusan Borneo Online Rubiah Wang Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Kor Sispa Unimas #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid024TswjzmKYX7eXC6336MLLTJvpP5dwFyNqGYguidY9owowJWZomwRwgQ1Gd5C4XNVl
Like
1
0 Comments 0 Shares 7 Views 0 Reviews