#KEPIMPINAN

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI PERINGKAT APM NEGERI SABAH TAHUN 2026

Sabtu, 18 Julai 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) bertempat di Nexus Resort & SPA, Karambunai, Sabah.

Untuk makluman, penganjuran Program Jelajah Wira MADANI merupakan lambang komitmen kerajaan dalam mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi demi membina komuniti yang lebih selamat, berdaya tahan dan berdaya saing.

Program ini juga merupakan wadah strategik untuk memperkasakan imej dan kredibiliti organisasi, memperluaskan kesedaran masyarakat terhadap peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta menyemai budaya kesiapsiagaan bencana sebagai satu tanggungjawab bersama.

Melalui pelbagai pengisian interaktif, demonstrasi, pameran dan perkongsian ilmu, masyarakat bukan sahaja mengenali fungsi APM dengan lebih dekat, malah didedahkan kepada pengetahuan yang mampu menyelamatkan nyawa ketika berdepan situasi kecemasan.

Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YS TPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM.

Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KLXhx74CaDntF9cE3Cpk6jWK2NDqbJZvhEEoUqfvjQ5wrB862ZcFqQAJmbkrFam5l
#KEPIMPINAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELAJAH WIRA MADANI PERINGKAT APM NEGERI SABAH TAHUN 2026 Sabtu, 18 Julai 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) bertempat di Nexus Resort & SPA, Karambunai, Sabah. Untuk makluman, penganjuran Program Jelajah Wira MADANI merupakan lambang komitmen kerajaan dalam mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi demi membina komuniti yang lebih selamat, berdaya tahan dan berdaya saing. Program ini juga merupakan wadah strategik untuk memperkasakan imej dan kredibiliti organisasi, memperluaskan kesedaran masyarakat terhadap peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta menyemai budaya kesiapsiagaan bencana sebagai satu tanggungjawab bersama. Melalui pelbagai pengisian interaktif, demonstrasi, pameran dan perkongsian ilmu, masyarakat bukan sahaja mengenali fungsi APM dengan lebih dekat, malah didedahkan kepada pengetahuan yang mampu menyelamatkan nyawa ketika berdepan situasi kecemasan. Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YS TPj. (PA) Mohd Yusoff bin Samad, Pengarah APM Negeri Sabah, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM. Mustapha Sakmud Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KLXhx74CaDntF9cE3Cpk6jWK2NDqbJZvhEEoUqfvjQ5wrB862ZcFqQAJmbkrFam5l
Like
1
0 Comments 0 Shares 7 Views 0 Reviews