#ASPIRASI

APM PERLU BERGERAK LEBIH PANTAS SEIRING PERKEMBANGAN DIGITAL

KOTA SAMARAHAN, 18 Julai: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terus diperkasa dan bergerak lebih pantas seiring perkembangan teknologi digital bagi memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, APM perlu kekal relevan dalam mendepani landskap risiko yang semakin kompleks serta berupaya memberi respons pantas terhadap pelbagai bentuk kecemasan.

Menurutnya, kerajaan melihat APM sebagai antara komponen penting dalam memperkukuh ketenteraman awam dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Hasrat YAB Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ialah supaya APM terus diperkasakan, bukan sahaja dengan penyertaan anggota yang lebih ramai, malah mampu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ketenteraman awam.

“Beliau juga mengharapkan APM menjadi sayap penting kerajaan dalam memperkukuh ketenteraman dan pengurusan krisis. Jika aspek keselamatan sering dikaitkan dengan polis dan tentera, APM pula memainkan peranan besar dalam pengurusan bencana, kecemasan serta membantu masyarakat dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/07/18/apm-perlu-bergerak-lebih-pantas-seiring-perkembangan-digital

Dipetik daripada akhbar:
TVS

Rubiah Wang
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Kor Sispa Unimas

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0nBYEdXa7vuea5Te27QXW5nGNRvNZDqaAuQZ4QxuQvZShELbcAzCctrbFHUWZwEirl
#ASPIRASI APM PERLU BERGERAK LEBIH PANTAS SEIRING PERKEMBANGAN DIGITAL KOTA SAMARAHAN, 18 Julai: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terus diperkasa dan bergerak lebih pantas seiring perkembangan teknologi digital bagi memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, APM perlu kekal relevan dalam mendepani landskap risiko yang semakin kompleks serta berupaya memberi respons pantas terhadap pelbagai bentuk kecemasan. Menurutnya, kerajaan melihat APM sebagai antara komponen penting dalam memperkukuh ketenteraman awam dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Hasrat YAB Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) ialah supaya APM terus diperkasakan, bukan sahaja dengan penyertaan anggota yang lebih ramai, malah mampu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ketenteraman awam. “Beliau juga mengharapkan APM menjadi sayap penting kerajaan dalam memperkukuh ketenteraman dan pengurusan krisis. Jika aspek keselamatan sering dikaitkan dengan polis dan tentera, APM pula memainkan peranan besar dalam pengurusan bencana, kecemasan serta membantu masyarakat dalam kehidupan seharian,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.tvsarawak.my/2026/07/18/apm-perlu-bergerak-lebih-pantas-seiring-perkembangan-digital Dipetik daripada akhbar: TVS Rubiah Wang Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Kor Sispa Unimas #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0nBYEdXa7vuea5Te27QXW5nGNRvNZDqaAuQZ4QxuQvZShELbcAzCctrbFHUWZwEirl
Like
1
0 Comments 0 Shares 7 Views 0 Reviews