#KAWALAN

SIARAN MEDIA - DEMONSTRASI BERSEPADU PASPA-APM BERSAMA FRU, PDRM UJI KOORDINASI TAHAP KESIAPSIAGAAN NEGARA

KAJANG, 13 Julai – Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mempersembahkan Demonstrasi Bersepadu PASPA-APM bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggambarkan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi antara agensi dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan negara.

Demonstrasi ini menggambarkan senario rusuhan di sebuah kawasan pembinaan yang melibatkan sekumpulan pekerja warga asing sehingga mencetuskan ancaman terhadap ketenteraman awam. Situasi yang pada awalnya merupakan demonstrasi aman bertukar menjadi rusuhan, mengakibatkan ramai mangsa cedera, kemusnahan harta benda dan keruntuhan struktur bangunan.

Demonstrasi ini dibangunkan berlandaskan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 21 – Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam, yang menekankan konsep koordinasi pelbagai agensi dalam memastikan keselamatan awam, pengurusan krisis dan penyelamatan mangsa dapat dilaksanakan secara profesional, pantas dan bersepadu.

Demostrasi ini bukan sahaja menjadi simbol keupayaan operasi PASPA sebagai pasukan elit APM, malah memperlihatkan komitmen APM dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana, kecemasan kompleks dan ancaman terhadap ketenteraman awam.

Untuk rekod, bermula 7 Jun 2026 hingga 13 Julai 2026 APM telah melaksanakan Latihan Kemahiran PASPA Siri 6 Tahun 2026 yang menghimpunkan pegawai dan anggota daripada seluruh negara. Latihan selama 37 hari ini memberi penekanan kepada pembangunan fizikal, mental, kepimpinan, disiplin serta kemahiran menyelamat berisiko tinggi mengikut standard operasi PASPA.

Kemuncak latihan ini ialah Majlis Penutupan Latihan Kemahiran PASPA Siri 6 Tahun 2026 telah dirasmikan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya APM bertempat di Ibu Pejabat Pertahanan Awam. Pada majlis tersebut seramai 27 pegawai dan anggota telah menerima Pentauliahan Beret Biru PASPA sebagai simbol rasmi kelayakan dan pengiktirafan mereka sebagai anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam Malaysia.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
13 JULAI 2026

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0mcmynj9jRNf8PibNLvHfbCdZHkG4bAzW64NHNbtb2ndXPVY4V3RWmV5NhxRTAiPCl
#KAWALAN SIARAN MEDIA - DEMONSTRASI BERSEPADU PASPA-APM BERSAMA FRU, PDRM UJI KOORDINASI TAHAP KESIAPSIAGAAN NEGARA KAJANG, 13 Julai – Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mempersembahkan Demonstrasi Bersepadu PASPA-APM bersama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggambarkan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi antara agensi dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan negara. Demonstrasi ini menggambarkan senario rusuhan di sebuah kawasan pembinaan yang melibatkan sekumpulan pekerja warga asing sehingga mencetuskan ancaman terhadap ketenteraman awam. Situasi yang pada awalnya merupakan demonstrasi aman bertukar menjadi rusuhan, mengakibatkan ramai mangsa cedera, kemusnahan harta benda dan keruntuhan struktur bangunan. Demonstrasi ini dibangunkan berlandaskan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 21 – Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam, yang menekankan konsep koordinasi pelbagai agensi dalam memastikan keselamatan awam, pengurusan krisis dan penyelamatan mangsa dapat dilaksanakan secara profesional, pantas dan bersepadu. Demostrasi ini bukan sahaja menjadi simbol keupayaan operasi PASPA sebagai pasukan elit APM, malah memperlihatkan komitmen APM dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan negara menghadapi bencana, kecemasan kompleks dan ancaman terhadap ketenteraman awam. Untuk rekod, bermula 7 Jun 2026 hingga 13 Julai 2026 APM telah melaksanakan Latihan Kemahiran PASPA Siri 6 Tahun 2026 yang menghimpunkan pegawai dan anggota daripada seluruh negara. Latihan selama 37 hari ini memberi penekanan kepada pembangunan fizikal, mental, kepimpinan, disiplin serta kemahiran menyelamat berisiko tinggi mengikut standard operasi PASPA. Kemuncak latihan ini ialah Majlis Penutupan Latihan Kemahiran PASPA Siri 6 Tahun 2026 telah dirasmikan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya APM bertempat di Ibu Pejabat Pertahanan Awam. Pada majlis tersebut seramai 27 pegawai dan anggota telah menerima Pentauliahan Beret Biru PASPA sebagai simbol rasmi kelayakan dan pengiktirafan mereka sebagai anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam Malaysia. ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) 13 JULAI 2026 Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0mcmynj9jRNf8PibNLvHfbCdZHkG4bAzW64NHNbtb2ndXPVY4V3RWmV5NhxRTAiPCl
Like
1
0 Comments 0 Shares 7 Views 0 Reviews