#KEPIMPINAN

MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN KEMAHIRAN PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) SIRI 6 TAHUN 2026

Isnin, 13 Julai 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Padang Kawad, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan persembahan Demonstrasi Bersepadu yang menampilkan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggambarkan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi antara agensi dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan negara.

Majlis diteruskan pula dengan tayangan video montaj dan Acara Pemakaian Beret Biru kepada 27 orang pelatih yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota APM sebagai simbol kelayakan dan pengiktirafan mereka sebagai Anggota PASPA.

Majlis diteruskan pula dengan Sesi Penyampaian Sijil Pelantikan Ketua-ketua Zon Operasi Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA). Seramai 20 orang penerima telah menerima sijil tersebut yang terdiri daripada Pegawai PASPA dari seluruh negara.

Turut hadir, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, YDH DSP Nazrul Azuan bin Nazeri, Pegawai Pemerintah Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Negeri Sembilan, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta ahli keluarga pelatih PASPA.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan ini. Untuk makluman, latihan ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA yang bermula dari 07 Jun hingga 13 Julai 2026.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0eDoKZtC6dCrpZAp5rXk8y23fWwBgQWu94TgG4yJQdnqc42FiRBkwtczLUrcCW9iTl
#KEPIMPINAN MAJLIS PENUTUPAN LATIHAN KEMAHIRAN PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) SIRI 6 TAHUN 2026 Isnin, 13 Julai 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Padang Kawad, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi. Majlis dimulakan dengan persembahan Demonstrasi Bersepadu yang menampilkan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggambarkan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi antara agensi dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan negara. Majlis diteruskan pula dengan tayangan video montaj dan Acara Pemakaian Beret Biru kepada 27 orang pelatih yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota APM sebagai simbol kelayakan dan pengiktirafan mereka sebagai Anggota PASPA. Majlis diteruskan pula dengan Sesi Penyampaian Sijil Pelantikan Ketua-ketua Zon Operasi Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA). Seramai 20 orang penerima telah menerima sijil tersebut yang terdiri daripada Pegawai PASPA dari seluruh negara. Turut hadir, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YS Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA, YDH DSP Nazrul Azuan bin Nazeri, Pegawai Pemerintah Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Negeri Sembilan, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta ahli keluarga pelatih PASPA. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan latihan ini. Untuk makluman, latihan ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA yang bermula dari 07 Jun hingga 13 Julai 2026. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0eDoKZtC6dCrpZAp5rXk8y23fWwBgQWu94TgG4yJQdnqc42FiRBkwtczLUrcCW9iTl
Like
1
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews