#OPERASI

APM JOHOR SIAP SIAGA 24 JAM PANTAU SITUASI GEMPA BUMI SEGAMAT

JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk memantau dan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan susulan gempa bumi melanda Segamat, diikuti gegaran kedua pada jarak 28 kilometer (km) Barat Laut Kluang pagi tadi.

Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata, walaupun tiada laporan kerosakan serius diterima setakat ini, pasukannya telah menggerakkan anggota bagi memantau situasi semasa di kawasan terlibat.

“APM bertugas 24 jam. Sekiranya berlaku bencana, anggota kami sedia digerakkan pada bila-bila masa. Kami sentiasa memantau perkembangan situasi semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sebanyak tujuh anggota APM telah dikerahkan untuk pemantauan awal di lokasi terlibat mengikut syif, dengan tumpuan diberikan di Segamat.

Pihaknya, katanya, sedang menilai laporan di lapangan termasuk di Surau Kampung Sanglang, Segamat yang dilaporkan mengalami sedikit kerosakan akibat gegaran bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan besar. Jadi kita akan teruskan pemantauan dan jika ada keperluan baharu, kita akan mobilisasikan anggota untuk bertugas,” katanya.

Kamal menambah APM sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan lain dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kejadian bencana seperti ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi tadi dengan kekuatan magnitud 4.1, diikuti gegaran kedua pada 9 pagi di 28 km Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km.

Berita selanjutnya di sini:
https://suarasarawak.my/apm-johor-siap-siaga-24-jam-pantau-situasi-gempa-bumi-segamat/

Dipetik daripada akhbar:
Suara Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02eGRFrHmRdczrbzR18fMBaUWtHZ6F1AJauBsy8g9aZkuNDxrnxRejZsEi27WAHjZUl
#OPERASI APM JOHOR SIAP SIAGA 24 JAM PANTAU SITUASI GEMPA BUMI SEGAMAT JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk memantau dan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan susulan gempa bumi melanda Segamat, diikuti gegaran kedua pada jarak 28 kilometer (km) Barat Laut Kluang pagi tadi. Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar berkata, walaupun tiada laporan kerosakan serius diterima setakat ini, pasukannya telah menggerakkan anggota bagi memantau situasi semasa di kawasan terlibat. “APM bertugas 24 jam. Sekiranya berlaku bencana, anggota kami sedia digerakkan pada bila-bila masa. Kami sentiasa memantau perkembangan situasi semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata sebanyak tujuh anggota APM telah dikerahkan untuk pemantauan awal di lokasi terlibat mengikut syif, dengan tumpuan diberikan di Segamat. Pihaknya, katanya, sedang menilai laporan di lapangan termasuk di Surau Kampung Sanglang, Segamat yang dilaporkan mengalami sedikit kerosakan akibat gegaran bagi memastikan keselamatan penduduk setempat. “Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan besar. Jadi kita akan teruskan pemantauan dan jika ada keperluan baharu, kita akan mobilisasikan anggota untuk bertugas,” katanya. Kamal menambah APM sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan lain dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kejadian bencana seperti ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada 6.13 pagi tadi dengan kekuatan magnitud 4.1, diikuti gegaran kedua pada 9 pagi di 28 km Barat Laut Kluang dengan magnitud 2.8 pada kedalaman 10 km. Berita selanjutnya di sini: https://suarasarawak.my/apm-johor-siap-siaga-24-jam-pantau-situasi-gempa-bumi-segamat/ Dipetik daripada akhbar: Suara Sarawak Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02eGRFrHmRdczrbzR18fMBaUWtHZ6F1AJauBsy8g9aZkuNDxrnxRejZsEi27WAHjZUl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews