#ASPIRASI

KOMUNITIKU SAYANG SIRI 7 TINGKAT KESIAPSIAGAAN PENDUDUK HADAPI BENCANA

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, merakamkan penghargaan kepada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) atas komitmen syarikat itu terhadap pembangunan komuniti menerusi penganjuran Program KomunitiKu Sayang Siri 7 yang berlangsung selama tiga hari di Balai Raya Kampung Narum, Marudi dan berakhir hari ini.

Program tersebut melibatkan seramai 120 peserta daripada empat buah kampung. Antara objektifnya ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan kebombaan, kesihatan awam dan pemeliharaan alam sekitar, di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara BPHB, agensi kerajaan dan komuniti luar bandar.

“Saya difahamkan program ini turut menyediakan latihan kepada semua peserta sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, terutama bencana seperti kebakaran dan banjir,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program KomunitiKu Sayang Siri 7 hari ini.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta agensi-agensi lain yang telah membantu penduduk bukan sahaja di Marudi, malah di seluruh kawasan Baram ketika berlakunya banjir dan bencana lain.

Sehubungan itu, beliau berharap KMKK yang menyertai program ini dapat menyebarluaskan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang program kepada penduduk di kampung dan rumah panjang supaya mereka lebih bersedia serta mampu mengurangkan risiko apabila berdepan sebarang bencana.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/komunitiku-sayang-siri-7-tingkat-kesiapsiagaan-penduduk-hadapi-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02VaR1eDJd3iSd1JkQSZ7FPDXCgbzFeJTxx4KLPDBuPr5AufF3an1G8oMqt3E9pPgGl
#ASPIRASI KOMUNITIKU SAYANG SIRI 7 TINGKAT KESIAPSIAGAAN PENDUDUK HADAPI BENCANA MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, merakamkan penghargaan kepada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) atas komitmen syarikat itu terhadap pembangunan komuniti menerusi penganjuran Program KomunitiKu Sayang Siri 7 yang berlangsung selama tiga hari di Balai Raya Kampung Narum, Marudi dan berakhir hari ini. Program tersebut melibatkan seramai 120 peserta daripada empat buah kampung. Antara objektifnya ialah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan kebombaan, kesihatan awam dan pemeliharaan alam sekitar, di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara BPHB, agensi kerajaan dan komuniti luar bandar. “Saya difahamkan program ini turut menyediakan latihan kepada semua peserta sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, terutama bencana seperti kebakaran dan banjir,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Program KomunitiKu Sayang Siri 7 hari ini. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta agensi-agensi lain yang telah membantu penduduk bukan sahaja di Marudi, malah di seluruh kawasan Baram ketika berlakunya banjir dan bencana lain. Sehubungan itu, beliau berharap KMKK yang menyertai program ini dapat menyebarluaskan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang program kepada penduduk di kampung dan rumah panjang supaya mereka lebih bersedia serta mampu mengurangkan risiko apabila berdepan sebarang bencana. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/komunitiku-sayang-siri-7-tingkat-kesiapsiagaan-penduduk-hadapi-bencana Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02VaR1eDJd3iSd1JkQSZ7FPDXCgbzFeJTxx4KLPDBuPr5AufF3an1G8oMqt3E9pPgGl
Like
1
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews