#OPERASI

APM JOHOR SIAP SIAGA 24 JAM PANTAU SITUASI GEMPA SEGAMAT, KLUANG

JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk memantau dan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan susulan gempa bumi melanda Segamat dan gegaran dirasai di Kluang pagi tadi.

Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar, berkata walaupun tiada laporan kerosakan serius diterima setakat ini, pasukannya telah menggerakkan anggota bagi memantau situasi semasa di kawasan terbabit.

"APM bertugas 24 jam. Sekiranya berlaku bencana, anggota kami sedia digerakkan pada bila-bila masa. Kami sentiasa memantau perkembangan situasi semasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata tujuh anggota APM dikerah untuk pemantauan awal di lokasi mengikut syif dengan tumpuan diberikan di Segamat.

Pihaknya juga, katanya sedang menilai laporan di lapangan termasuk di Surau Kampung Sanglang, Segamat yang dilaporkan mengalami sedikit kerosakan akibat gegaran bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

"Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan besar. Jadi kita akan teruskan pemantauan dan jika ada keperluan baru kita akan mobilisasikan anggota untuk bertugas," katanya

Kamal berkata APM sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan lain dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kejadian bencana seperti ini. Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang. – BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1437348/apm-johor-siap-siaga-24-jam-pantau-situasi-gempa-segamat-kluang

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0bthw3BatEV2ei6vnWZUdkVZHtFA86eEh4yisDJgeNpFgq7toHRABv6kqU6twDFrcl
#OPERASI APM JOHOR SIAP SIAGA 24 JAM PANTAU SITUASI GEMPA SEGAMAT, KLUANG JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya untuk memantau dan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan susulan gempa bumi melanda Segamat dan gegaran dirasai di Kluang pagi tadi. Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar, berkata walaupun tiada laporan kerosakan serius diterima setakat ini, pasukannya telah menggerakkan anggota bagi memantau situasi semasa di kawasan terbabit. "APM bertugas 24 jam. Sekiranya berlaku bencana, anggota kami sedia digerakkan pada bila-bila masa. Kami sentiasa memantau perkembangan situasi semasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata tujuh anggota APM dikerah untuk pemantauan awal di lokasi mengikut syif dengan tumpuan diberikan di Segamat. Pihaknya juga, katanya sedang menilai laporan di lapangan termasuk di Surau Kampung Sanglang, Segamat yang dilaporkan mengalami sedikit kerosakan akibat gegaran bagi memastikan keselamatan penduduk setempat. "Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan besar. Jadi kita akan teruskan pemantauan dan jika ada keperluan baru kita akan mobilisasikan anggota untuk bertugas," katanya Kamal berkata APM sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan lain dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kejadian bencana seperti ini. Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang. – BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1437348/apm-johor-siap-siaga-24-jam-pantau-situasi-gempa-segamat-kluang Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0bthw3BatEV2ei6vnWZUdkVZHtFA86eEh4yisDJgeNpFgq7toHRABv6kqU6twDFrcl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews