#ASPIRASI
PENGAMAL MEDIA, NGO KEDAH RASAI PENGALAMAN KENDALI BOT PENYELAMAT APM
KUALA NERANG, 28 Jun (Bernama) -- Sebanyak 34 peserta terdiri daripada 20 pengamal media dan 14 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program latihan pengendalian bot anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah bersama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) di Tapak Latihan Medan APM, Tasik Pedu dekat sini.
Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata program dua hari pada Jumaat dan semalam itu diadakan sebagai kesinambungan jalinan kerjasama erat antara APM dengan media, selepas kejayaan program ekspedisi berkayak di Baling pada tahun lepas.
“Melalui latihan berimpak tinggi ini, para peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman sebenar mengendalikan bot penyelamat dalam pelbagai situasi simulasi bencana. Antara pengisian utama slot latihan termasuklah teknik pengendalian, iaitu cara menghidupkan enjin dan mengemudi bot dengan betul.
“Selain itu, peserta juga dapat memahami prosedur keselamatan air dan tindakan jika terjatuh ke dalam tasik, cara untuk membawa bot di kawasan arus tenang dan deras serta memahami kapasiti bot dan kesukaran yang dihadapi anggota penyelamat,” katanya pada majlis penutup program itu semalam.
Sebelum latihan bermula, peserta telah diberi taklimat bagi menerangkan perjalanan program, aspek keselamatan, prosedur operasi serta peranan dan tanggungjawab sepanjang program dilaksanakan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar, selamat dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Beliau berkata pendedahan itu dapat memberikan gambaran jelas kepada media dan NGO tentang ilmu serta kemahiran kritikal yang wajib dikuasai oleh seseorang anggota penyelamat ketika bertugas di lapangan.
Berita selanjutnya di sini:
https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2573972
Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02LLdUAgwCdG1k9r9xZcSAD9yuGQ4LKAhfskvzG1jEAVmeAqzBpw7GmQzMo8rhk6RFl