#KAWALAN

APM LAKSANA UJI LARI SIREN SISTEM AMARAN AWAM DI SUNGAI MERAB 30 JUN INI

KAJANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan melaksanakan Uji Lari Siren Sistem Amaran Awam (PWS) di sekitar agensi itu di Sungai Merab, di sini jam 10 pagi, 30 Jun ini.

Menurut APM, ia bagi memastikan sistem amaran tersebut sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersedia digunakan ketika kecemasan atau bencana.

“Pengujian itu merupakan sebahagian daripada prosedur penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala yang dilaksanakan.

“Ia bagi menjamin keberkesanan siren dalam menyampaikan maklumat kecemasan kepada masyarakat secara pantas dan tepat,” kata APM menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut APM, pelaksanaan uji lari itu penting bagi memastikan semua komponen Sistem Amaran Awam berfungsi dengan sempurna serta mampu digunakan secara optimum sekiranya berlaku sebarang insiden yang memerlukan amaran segera kepada penduduk.

“Pengujian ini adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan APM dalam memastikan sistem amaran awam sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, APM menasihati orang ramai supaya tidak panik atau cemas sekiranya mendengar bunyi siren sepanjang tempoh ujian dijalankan.

Berita selanjutnya di sini:
https://malaysiagazette.com/2026/06/25/apm-laksana-uji-lari-siren-sistem-amaran-awam-di-sungai-merab-30-jun-ini

Dipetik daripada akhbar:
Malaysia Gazette

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02iJZn23ZKu5x8zhkzfhMsSBXrYVA6KvfPjp9z7zVxiu5EV25eFuoZja9ZFySZNFyXl
#KAWALAN APM LAKSANA UJI LARI SIREN SISTEM AMARAN AWAM DI SUNGAI MERAB 30 JUN INI KAJANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan melaksanakan Uji Lari Siren Sistem Amaran Awam (PWS) di sekitar agensi itu di Sungai Merab, di sini jam 10 pagi, 30 Jun ini. Menurut APM, ia bagi memastikan sistem amaran tersebut sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bersedia digunakan ketika kecemasan atau bencana. “Pengujian itu merupakan sebahagian daripada prosedur penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala yang dilaksanakan. “Ia bagi menjamin keberkesanan siren dalam menyampaikan maklumat kecemasan kepada masyarakat secara pantas dan tepat,” kata APM menerusi satu kenyataan, hari ini. Menurut APM, pelaksanaan uji lari itu penting bagi memastikan semua komponen Sistem Amaran Awam berfungsi dengan sempurna serta mampu digunakan secara optimum sekiranya berlaku sebarang insiden yang memerlukan amaran segera kepada penduduk. “Pengujian ini adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan APM dalam memastikan sistem amaran awam sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau kecemasan,” menurut kenyataan itu. Sehubungan itu, APM menasihati orang ramai supaya tidak panik atau cemas sekiranya mendengar bunyi siren sepanjang tempoh ujian dijalankan. Berita selanjutnya di sini: https://malaysiagazette.com/2026/06/25/apm-laksana-uji-lari-siren-sistem-amaran-awam-di-sungai-merab-30-jun-ini Dipetik daripada akhbar: Malaysia Gazette Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02iJZn23ZKu5x8zhkzfhMsSBXrYVA6KvfPjp9z7zVxiu5EV25eFuoZja9ZFySZNFyXl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews