#KAWALAN

KENYATAAN MEDIA : UJI LARI SIREN SISTEM AMARAN AWAM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa satu Uji Lari Siren Sistem Amaran Awam (Public Warning System - PWS) akan dilaksanakan pada 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔) 𝗝𝗔𝗠 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠, 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗕, 𝗞𝗔𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 bagi memastikan Siren PWS tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan sempurna serta bersedia digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan atau bencana.

Pelaksanaan uji lari ini merupakan sebahagian daripada prosedur penyelenggaraan dan pengujian berkala yang dijalankan oleh APM bagi menjamin keberkesanan Siren PWS dalam menyampaikan maklumat kecemasan kepada masyarakat dengan cepat dan tepat.

Sehubungan itu, orang ramai yang berada dalam lingkungan lima (5) kilometer di sekitar lokasi siren iaitu kawasan 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗶, 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗯 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 dipohon supaya tidak panik atau cemas apabila mendengar nada siren sepanjang tempoh pengujian dijalankan. Ujian ini hanyalah latihan teknikal dan tidak melibatkan sebarang situasi kecemasan sebenar.

APM juga menyeru orang ramai untuk mengambil peluang ini bagi mengenali fungsi Siren PWS serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan komuniti.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran atau melalui saluran media sosial rasmi APM.

𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗣𝗠)
𝟮𝟱 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ynPA6AVbcg3pSwrdrciP851mttNhEft8YSAaWMtGHz1Gteu8LaDaVZccfce2bqvYl
#KAWALAN KENYATAAN MEDIA : UJI LARI SIREN SISTEM AMARAN AWAM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa satu Uji Lari Siren Sistem Amaran Awam (Public Warning System - PWS) akan dilaksanakan pada 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔) 𝗝𝗔𝗠 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗣𝗔𝗚𝗜 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗨 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠, 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗕, 𝗞𝗔𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 bagi memastikan Siren PWS tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan sempurna serta bersedia digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan atau bencana. Pelaksanaan uji lari ini merupakan sebahagian daripada prosedur penyelenggaraan dan pengujian berkala yang dijalankan oleh APM bagi menjamin keberkesanan Siren PWS dalam menyampaikan maklumat kecemasan kepada masyarakat dengan cepat dan tepat. Sehubungan itu, orang ramai yang berada dalam lingkungan lima (5) kilometer di sekitar lokasi siren iaitu kawasan 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗶, 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗯 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 dipohon supaya tidak panik atau cemas apabila mendengar nada siren sepanjang tempoh pengujian dijalankan. Ujian ini hanyalah latihan teknikal dan tidak melibatkan sebarang situasi kecemasan sebenar. APM juga menyeru orang ramai untuk mengambil peluang ini bagi mengenali fungsi Siren PWS serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesiapsiagaan bencana dalam kalangan komuniti. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran atau melalui saluran media sosial rasmi APM. 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗣𝗠) 𝟮𝟱 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0ynPA6AVbcg3pSwrdrciP851mttNhEft8YSAaWMtGHz1Gteu8LaDaVZccfce2bqvYl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews