#ASPIRASI

TIPS KESELAMATAN BOLA SEPAK

Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti sukan bola sepak.

Bola sepak merupakan sukan yang popular dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan fizikal serta mental. Namun, aspek keselamatan juga perlu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan kecederaan semasa bermain.

Sebelum memulakan perlawanan, pemain disarankan melakukan sesi pemanasan badan serta regangan otot dan sendi, khususnya pada bahagian anggota bawah. Selain itu, pastikan tahap kesihatan dan kecergasan berada dalam keadaan baik serta memakai pakaian dan peralatan sukan yang sesuai.

Semasa perlawanan berlangsung, elakkan bermain ketika cuaca buruk seperti ribut petir atau panas melampau. Pihak penganjur juga perlu menyediakan peti kecemasan bagi persediaan menghadapi sebarang insiden kecederaan. Pemain hendaklah mengambil masa rehat yang cukup sekiranya berasa penat dan letih untuk mengurangkan risiko kecederaan.

Selepas perlawanan, lakukan aktiviti penyejukan badan dan regangan bagi membantu proses pemulihan otot serta mengurangkan risiko kekejangan. Dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan ini, permainan bola sepak dapat dijalankan dengan lebih selamat, sihat dan menyeronokkan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032spC1AGFLQE3PmkhB7DTHhdEkqCdba56cwRMfrNeryeXMWbFRTNGEk17iLip4rU6l
#ASPIRASI TIPS KESELAMATAN BOLA SEPAK Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti sukan bola sepak. Bola sepak merupakan sukan yang popular dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan fizikal serta mental. Namun, aspek keselamatan juga perlu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan kecederaan semasa bermain. Sebelum memulakan perlawanan, pemain disarankan melakukan sesi pemanasan badan serta regangan otot dan sendi, khususnya pada bahagian anggota bawah. Selain itu, pastikan tahap kesihatan dan kecergasan berada dalam keadaan baik serta memakai pakaian dan peralatan sukan yang sesuai. Semasa perlawanan berlangsung, elakkan bermain ketika cuaca buruk seperti ribut petir atau panas melampau. Pihak penganjur juga perlu menyediakan peti kecemasan bagi persediaan menghadapi sebarang insiden kecederaan. Pemain hendaklah mengambil masa rehat yang cukup sekiranya berasa penat dan letih untuk mengurangkan risiko kecederaan. Selepas perlawanan, lakukan aktiviti penyejukan badan dan regangan bagi membantu proses pemulihan otot serta mengurangkan risiko kekejangan. Dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan ini, permainan bola sepak dapat dijalankan dengan lebih selamat, sihat dan menyeronokkan. Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat. Disediakan oleh : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032spC1AGFLQE3PmkhB7DTHhdEkqCdba56cwRMfrNeryeXMWbFRTNGEk17iLip4rU6l
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews