#ASPIRASI

APM LATIH 18 SUKARELAWAN ORANG ASLI POS LENJANG JADI BENTENG AWAL BENCANA

KUALA LIPIS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berhasrat mewujudkan pangkalan hadapan (forward base) di Pos Lenjang bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan komuniti Orang Asli menghadapi sebarang situasi bencana.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Dato Ismail Mohd Zawawi berkata, inisiatif itu susulan kejayaan projek rintis pertama melibatkan komuniti Orang Asli yang dilaksanakan hasil kerjasama bersama CDA Briged Kazuko.

Menurutnya, sebagai langkah permulaan, seramai 18 sukarelawan Orang Asli dari Pos Lenjang berjaya ditauliahkan selepas menamatkan latihan asas pertahanan awam.

Beliau berkata, penubuhan pangkalan hadapan di kawasan tersebut amat penting memandangkan kedudukan geografi penempatan itu yang terletak jauh di pedalaman dan mengambil masa untuk diakses pasukan penyelamat dari luar.

“Dengan latihan yang diberikan ini, kita berharap sekiranya berlaku bencana berskala kecil, penduduk Orang Asli yang telah dilatih dapat mengambil tindakan awal dan memberikan bantuan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/784701/berita/semasa/apm-latih-18-sukarelawan-orang-asli-pos-lenjang-jadi-benteng-awal-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
APM Pahang
Kazuko

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid036e8Co4LdJmzgbA8yooY8iN7Befj9QmDM2i2ZQZynCrFmychcDAFQpSJYvVRxDyh1l
#ASPIRASI APM LATIH 18 SUKARELAWAN ORANG ASLI POS LENJANG JADI BENTENG AWAL BENCANA KUALA LIPIS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berhasrat mewujudkan pangkalan hadapan (forward base) di Pos Lenjang bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan komuniti Orang Asli menghadapi sebarang situasi bencana. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Dato Ismail Mohd Zawawi berkata, inisiatif itu susulan kejayaan projek rintis pertama melibatkan komuniti Orang Asli yang dilaksanakan hasil kerjasama bersama CDA Briged Kazuko. Menurutnya, sebagai langkah permulaan, seramai 18 sukarelawan Orang Asli dari Pos Lenjang berjaya ditauliahkan selepas menamatkan latihan asas pertahanan awam. Beliau berkata, penubuhan pangkalan hadapan di kawasan tersebut amat penting memandangkan kedudukan geografi penempatan itu yang terletak jauh di pedalaman dan mengambil masa untuk diakses pasukan penyelamat dari luar. “Dengan latihan yang diberikan ini, kita berharap sekiranya berlaku bencana berskala kecil, penduduk Orang Asli yang telah dilatih dapat mengambil tindakan awal dan memberikan bantuan sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Berita selanjutnya di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/784701/berita/semasa/apm-latih-18-sukarelawan-orang-asli-pos-lenjang-jadi-benteng-awal-bencana Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri APM Pahang Kazuko #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid036e8Co4LdJmzgbA8yooY8iN7Befj9QmDM2i2ZQZynCrFmychcDAFQpSJYvVRxDyh1l
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews