#ASPIRASI

SEMANGAT KESUKARELAWANAN PERLU BERASASKAN MINAT, TANGGUNGJAWAB

MUKAH: Penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan perlu didorong oleh minat yang mendalam serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan bukannya kerana paksaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, semangat kesukarelawanan yang tinggi akan menjadikan seseorang itu lebih ikhlas dalam berkhidmat dan tidak menganggap pengorbanan masa serta tenaga sebagai satu kerugian.

Beliau berkata, individu yang benar-benar menghayati nilai kesukarelawanan akan berasa puas dan gembira apabila dapat menyumbang kepada masyarakat.

“Apabila semangat kesukarelawanan itu tinggi, kita tidak akan berasa menyesal atau rugi. Sebaliknya, kita akan berasa puas dan seronok setiap kali berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan untuk membantu masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Asas Anggota Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di Kem Belia Mukah pada Ahad.

Berita selanjutnya di sini:
https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/43056

Dipetik daripada akhbar:
Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM MUKAH

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0UJUoWzcG8fz6WtmqT1RnG1hb2tTCMAVeinsRBwrbqz8bMT6dXPUN4Lw4yAEYnUwnl
#ASPIRASI SEMANGAT KESUKARELAWANAN PERLU BERASASKAN MINAT, TANGGUNGJAWAB MUKAH: Penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan perlu didorong oleh minat yang mendalam serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan bukannya kerana paksaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, semangat kesukarelawanan yang tinggi akan menjadikan seseorang itu lebih ikhlas dalam berkhidmat dan tidak menganggap pengorbanan masa serta tenaga sebagai satu kerugian. Beliau berkata, individu yang benar-benar menghayati nilai kesukarelawanan akan berasa puas dan gembira apabila dapat menyumbang kepada masyarakat. “Apabila semangat kesukarelawanan itu tinggi, kita tidak akan berasa menyesal atau rugi. Sebaliknya, kita akan berasa puas dan seronok setiap kali berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan untuk membantu masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Asas Anggota Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di Kem Belia Mukah pada Ahad. Berita selanjutnya di sini: https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/43056 Dipetik daripada akhbar: Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak APM MUKAH #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0UJUoWzcG8fz6WtmqT1RnG1hb2tTCMAVeinsRBwrbqz8bMT6dXPUN4Lw4yAEYnUwnl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews