#KEPIMPINAN

SESI TOWNHALL YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) APM BERSAMA WARGA APM NEGERI KELANTAN

Khamis, 18 Jun 2026 - Sekitar program yang telah dihadiri oleh YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Dewan Duyan, Institut Latihan FAMA, Kota Bharu, Kelantan.

Sesi Townhall tersebut telah dikendalikan oleh Kapt. (PA) Nor Numi Suriya binti Awang selaku moderator yang berperanan mengemudi perbincangan serta memastikan sesi dialog berlangsung dengan teratur dan berkesan.

Program tersebut disertai oleh Pegawai dan Anggota APM Negeri Kelantan bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran serta penghayatan terhadap nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan tatakelakuan dalam kalangan warga jabatan.

Selain itu, program ini turut menjadi platform kepada warga kerja APM Negeri Kelantan untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta persoalan berkaitan kebajikan, pembangunan kerjaya dan penambahbaikan perkhidmatan organisasi.

Melalui sesi dialog dua hala yang berlangsung secara terbuka, para peserta berpeluang mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi berhubung isu-isu semasa, hala tuju organisasi serta usaha memperkukuhkan budaya kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam.

Turut hadir, YS PPj. Bersekutu (PA) Wan Fadilah binti Wan Jamaludin, Ketua Unit Integriti APM bersama YS Kol. Bersekutu (PA) Khadijah binti Jusoh, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPPA, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Kelantan.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid034EE7RSXL4o32amxGQ1chmxu3HSAhQkQ6nwgzq2DQcYcZJLntiZb5cKV4PJksT4u6l
#KEPIMPINAN SESI TOWNHALL YAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) APM BERSAMA WARGA APM NEGERI KELANTAN Khamis, 18 Jun 2026 - Sekitar program yang telah dihadiri oleh YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Dewan Duyan, Institut Latihan FAMA, Kota Bharu, Kelantan. Sesi Townhall tersebut telah dikendalikan oleh Kapt. (PA) Nor Numi Suriya binti Awang selaku moderator yang berperanan mengemudi perbincangan serta memastikan sesi dialog berlangsung dengan teratur dan berkesan. Program tersebut disertai oleh Pegawai dan Anggota APM Negeri Kelantan bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran serta penghayatan terhadap nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan tatakelakuan dalam kalangan warga jabatan. Selain itu, program ini turut menjadi platform kepada warga kerja APM Negeri Kelantan untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta persoalan berkaitan kebajikan, pembangunan kerjaya dan penambahbaikan perkhidmatan organisasi. Melalui sesi dialog dua hala yang berlangsung secara terbuka, para peserta berpeluang mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi berhubung isu-isu semasa, hala tuju organisasi serta usaha memperkukuhkan budaya kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam. Turut hadir, YS PPj. Bersekutu (PA) Wan Fadilah binti Wan Jamaludin, Ketua Unit Integriti APM bersama YS Kol. Bersekutu (PA) Khadijah binti Jusoh, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia IPPA, Lt. Kol. (PA) Mohd Farid bin Ishak, Timbalan Pengarah APM Negeri Kelantan, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Kelantan. Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid034EE7RSXL4o32amxGQ1chmxu3HSAhQkQ6nwgzq2DQcYcZJLntiZb5cKV4PJksT4u6l
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews