#ASPIRASI

TIPS KESELAMATAN LALUAN PENDAKIAN

Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan gunung dan bukit.

Aktiviti pendakian memerlukan persediaan yang rapi bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan. Sebelum memulakan pendakian, ketahui jarak laluan, tahap kesukaran dan anggaran masa yang diperlukan. Pastikan permit mendaki diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan serta maklumkan lokasi dan jadual pendakian kepada keluarga atau rakan. Bawa bekalan makanan bertenaga seperti coklat atau energy bar dan air minuman yang mencukupi mengikut keperluan perjalanan.

Selain itu, setiap pendaki disarankan membawa peralatan kecemasan seperti kit pertolongan cemas, wisel, lampu suluh beserta bateri tambahan, pisau pelbagai guna dan jaket hujan. Muat turun aplikasi kompas atau sediakan peta fizikal sebagai panduan sekiranya liputan rangkaian tidak tersedia.

Semasa mendaki, sentiasa menggunakan laluan yang telah ditetapkan dan elakkan membuka laluan baharu. Sentiasa bergerak dalam kumpulan dan pastikan ahli kumpulan sentiasa berada dalam jarak penglihatan. Bagi pendakian yang melibatkan kawasan melebihi 1,000 meter, penggunaan khidmat malim gunung bertauliah amat digalakkan. Dengan perancangan yang baik, kelengkapan yang mencukupi dan disiplin semasa mendaki, risiko kemalangan dapat dikurangkan serta keselamatan semua pendaki dapat dipertingkatkan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02eoDVoSbsSBYmEDY6grLjhhRtwMAALz45ZmdqZX1ZRz1dj5Xq99ngpPX1Cf1uXwNwl
#ASPIRASI TIPS KESELAMATAN LALUAN PENDAKIAN Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan gunung dan bukit. Aktiviti pendakian memerlukan persediaan yang rapi bagi memastikan keselamatan sepanjang perjalanan. Sebelum memulakan pendakian, ketahui jarak laluan, tahap kesukaran dan anggaran masa yang diperlukan. Pastikan permit mendaki diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan serta maklumkan lokasi dan jadual pendakian kepada keluarga atau rakan. Bawa bekalan makanan bertenaga seperti coklat atau energy bar dan air minuman yang mencukupi mengikut keperluan perjalanan. Selain itu, setiap pendaki disarankan membawa peralatan kecemasan seperti kit pertolongan cemas, wisel, lampu suluh beserta bateri tambahan, pisau pelbagai guna dan jaket hujan. Muat turun aplikasi kompas atau sediakan peta fizikal sebagai panduan sekiranya liputan rangkaian tidak tersedia. Semasa mendaki, sentiasa menggunakan laluan yang telah ditetapkan dan elakkan membuka laluan baharu. Sentiasa bergerak dalam kumpulan dan pastikan ahli kumpulan sentiasa berada dalam jarak penglihatan. Bagi pendakian yang melibatkan kawasan melebihi 1,000 meter, penggunaan khidmat malim gunung bertauliah amat digalakkan. Dengan perancangan yang baik, kelengkapan yang mencukupi dan disiplin semasa mendaki, risiko kemalangan dapat dikurangkan serta keselamatan semua pendaki dapat dipertingkatkan. Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat. Disediakan oleh : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02eoDVoSbsSBYmEDY6grLjhhRtwMAALz45ZmdqZX1ZRz1dj5Xq99ngpPX1Cf1uXwNwl
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews