#KEPIMPINAN

YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah sempena memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu kisah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah serta peristiwa Baginda SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.

Maal Hijrah bukan sekadar permulaan takwim Hijrah, tetapi juga detik yang penuh makna untuk kita merenung perjalanan hidup yang telah dilalui, menilai semula tujuan, memperbetulkan haluan, dan memperbaharui azam. Di sebalik kisah hijrah Rasulullah SAW, tersirat pengajaran mendalam tentang pengorbanan, keteguhan iman, serta keutuhan dalam membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan nilai-nilai luhur.

Tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” pada tahun ini membawa aspirasi untuk melahirkan masyarakat sejahtera yang dibina di atas tunjang ilmu, akhlak, rahmah, dan keadilan. Ummah MADANI merupakan cerminan masyarakat yang saling menyantuni, berdaya tahan, dan berperanan aktif dalam menjayakan pembangunan negara berpaksikan prinsip Islam yang syumul.

Semoga kedatangan 1448 Hijrah menjadi titik tolak untuk kita terus berhijrah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada kesedaran.

Marilah kita berganding bahu membina sebuah ummah yang makmur, berintegriti, dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid036udf9qWd8pRXL6HmVdE5vCXTKamVCDJykEN9JytgQUNBWKgqhVijAKDrovQDiBS2l
#KEPIMPINAN YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah sempena memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu kisah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah serta peristiwa Baginda SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Maal Hijrah bukan sekadar permulaan takwim Hijrah, tetapi juga detik yang penuh makna untuk kita merenung perjalanan hidup yang telah dilalui, menilai semula tujuan, memperbetulkan haluan, dan memperbaharui azam. Di sebalik kisah hijrah Rasulullah SAW, tersirat pengajaran mendalam tentang pengorbanan, keteguhan iman, serta keutuhan dalam membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan nilai-nilai luhur. Tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” pada tahun ini membawa aspirasi untuk melahirkan masyarakat sejahtera yang dibina di atas tunjang ilmu, akhlak, rahmah, dan keadilan. Ummah MADANI merupakan cerminan masyarakat yang saling menyantuni, berdaya tahan, dan berperanan aktif dalam menjayakan pembangunan negara berpaksikan prinsip Islam yang syumul. Semoga kedatangan 1448 Hijrah menjadi titik tolak untuk kita terus berhijrah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada kesedaran. Marilah kita berganding bahu membina sebuah ummah yang makmur, berintegriti, dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT. “MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI” Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid036udf9qWd8pRXL6HmVdE5vCXTKamVCDJykEN9JytgQUNBWKgqhVijAKDrovQDiBS2l
0 Comments 0 Shares 6 Views 0 Reviews