#ASPIRASI
TIPS KESELAMATAN GEMPA BUMI
Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika berlaku gempa bumi.
Gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran dan berpotensi menyebabkan kecederaan serta kerosakan harta benda. Oleh itu, persediaan awal amat penting bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Antara tindakan yang boleh diambil adalah kenal pasti kawasan selamat di dalam rumah seperti di bawah meja yang kukuh atau berhampiran tiang konkrit. Simpan barang berat dan mudah pecah di tempat yang selamat serta sediakan beg kecemasan yang mengandungi kit pertolongan cemas, lampu suluh, air minuman dan makanan kering.
Semasa gegaran berlaku, amalkan konsep “Tunduk, Lindung dan Pegang”. Lindungi kepala dan leher, berlindung di bawah perabot yang kukuh serta pegang perabot tersebut sehingga gegaran berhenti. Jika berada di dalam bangunan, jauhi tingkap, cermin dan rak tinggi. Jika memandu, hentikan kenderaan di kawasan lapang dan elakkan berhenti berhampiran jambatan, pokok atau papan tanda. Jika berada di luar, bergerak ke kawasan lapang yang jauh daripada bangunan dan tiang elektrik.
Selepas gempa bumi, periksa kecederaan dan berikan bantuan awal kepada mangsa yang memerlukan. Selain itu, periksa keadaan persekitaran dan jauhi kawasan yang mempunyai struktur retak atau wayar elektrik yang terputus. Bagi mereka yang berada di kawasan pantai, sentiasa berwaspada terhadap risiko tsunami dan segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi apabila diarahkan pihak berkuasa. Kesedaran dan tindakan pantas mampu menyelamatkan nyawa.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Jabatan Perdana Menteri
#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid035qvqsL5xcCTuPACzYN6SjeT5b3UZc79t1xeVNKR53Cr4NUrCGxtKYJ4Kexjkn3ijl