#ASPIRASI

APM PERKUKUH MODUL LATIHAN, TEKANKAN KESIAPSAGAAN KOMUNITI

Kluang : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat memperkukuh modul latihan jurulatih, pegawai baharu dan Komuniti bagi meningkatkan kesiapsagaan rakyat menghadapi bencana, krisis dan darurat yang kian mencabar.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim bin Mohamed berkata itu melibatkan penambahbaikan menyeluruh terhadap kursus sedia ada termasuk Civil Defence Auxiliary Member (CDA) dan Inisiatif Kampung Siaga 221 yang kini memasuki fasa 2.

"Setiap kali ada pelantikan baharu, modul latihan akan diperkemas supaya bersesuaian dengan keperluan semasa. Pada awal tahun ini, kita telah menambah jumlah jurulatih kepada lebih 1,000 orang sekaligus membolehkan pelaksanaan modul baharu yang lebih dinamik.

"Fasa 2 Kampung Siaga 221 bukan sahaja melatih Komuniti menyelamatkan kawasan sendiri malah bersedia membantu di kawasan lain apabila diperlukan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Tamat Perbarisan Tamat Latihan Kursus Pemantapan Pegawai Skim Keselamatan Awam Lantikan Siri 6 Tahun 2025 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas) di sini hari ini.

Beliau berkata pemerkasaan latihan di Peringkat komuniti amat penting kerana bencana tidak mengenal operasi dan penduduk setempat bersedia bertindak sebelum bantuan profesional tiba.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiuasaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Syukor bin Mahmood dalam ucapanya perasmiannya berkata latihan berterusan pengambilan anggota baharu adalah kunci dalam memastikan APM sentiasa relevan serta mampu bertindak pantas dalam apa jua kenderaan.

"Berdasarkan Akta Pertahanan Awam 1951) (Akta 221), APM memainkan peranan penting dalam tiga situasi utama iaitu masa aman, bencana dan krisis. Pemerkasaan latihan secara berkala amat perlu bagi memastikan kesiapsiagaan negara tidak pernah dikompromi," katanya.

Belia berkata usaha meningkatkan fasaliti latihan, kepakaran bilangan jurulatih sejajar dengan komitmen kerajaan mempekukuh semangat kesukarelawan serta solidariti rakyat demi keselamatan negara.

Pada majlis tersebut, 91 Pegawai lantikan Tetap (interim) dan 127 pegawai lantikan kontrak APM menerima Watikah Lantikan Pegawai Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Datuk Ismail bin Mohd Zawawi.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1255705/apm-perkukuh-modul-latihan-tekankan-kesiapsiagaan-komuniti

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0C2MmAvvcNuB9X1fTWafyoFQCeTsQHLDTGSRNacu4udemE9vPZdV1KjynUsdcvagcl
#ASPIRASI APM PERKUKUH MODUL LATIHAN, TEKANKAN KESIAPSAGAAN KOMUNITI Kluang : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) giat memperkukuh modul latihan jurulatih, pegawai baharu dan Komuniti bagi meningkatkan kesiapsagaan rakyat menghadapi bencana, krisis dan darurat yang kian mencabar. Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim bin Mohamed berkata itu melibatkan penambahbaikan menyeluruh terhadap kursus sedia ada termasuk Civil Defence Auxiliary Member (CDA) dan Inisiatif Kampung Siaga 221 yang kini memasuki fasa 2. "Setiap kali ada pelantikan baharu, modul latihan akan diperkemas supaya bersesuaian dengan keperluan semasa. Pada awal tahun ini, kita telah menambah jumlah jurulatih kepada lebih 1,000 orang sekaligus membolehkan pelaksanaan modul baharu yang lebih dinamik. "Fasa 2 Kampung Siaga 221 bukan sahaja melatih Komuniti menyelamatkan kawasan sendiri malah bersedia membantu di kawasan lain apabila diperlukan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Tamat Perbarisan Tamat Latihan Kursus Pemantapan Pegawai Skim Keselamatan Awam Lantikan Siri 6 Tahun 2025 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas) di sini hari ini. Beliau berkata pemerkasaan latihan di Peringkat komuniti amat penting kerana bencana tidak mengenal operasi dan penduduk setempat bersedia bertindak sebelum bantuan profesional tiba. Sementara itu, Timbalan Ketua Setiuasaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Syukor bin Mahmood dalam ucapanya perasmiannya berkata latihan berterusan pengambilan anggota baharu adalah kunci dalam memastikan APM sentiasa relevan serta mampu bertindak pantas dalam apa jua kenderaan. "Berdasarkan Akta Pertahanan Awam 1951) (Akta 221), APM memainkan peranan penting dalam tiga situasi utama iaitu masa aman, bencana dan krisis. Pemerkasaan latihan secara berkala amat perlu bagi memastikan kesiapsiagaan negara tidak pernah dikompromi," katanya. Belia berkata usaha meningkatkan fasaliti latihan, kepakaran bilangan jurulatih sejajar dengan komitmen kerajaan mempekukuh semangat kesukarelawan serta solidariti rakyat demi keselamatan negara. Pada majlis tersebut, 91 Pegawai lantikan Tetap (interim) dan 127 pegawai lantikan kontrak APM menerima Watikah Lantikan Pegawai Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam. Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Datuk Ismail bin Mohd Zawawi. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1255705/apm-perkukuh-modul-latihan-tekankan-kesiapsiagaan-komuniti Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2025 #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0C2MmAvvcNuB9X1fTWafyoFQCeTsQHLDTGSRNacu4udemE9vPZdV1KjynUsdcvagcl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews