#ASPIRASI

VIDEO MONTAJ SEPANJANG PROGRAM 2ND POLYCC MALAYSIAN CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP AND COMMISSIONING (MalCiDAC) TAHUN 2026

Mari sama-sama kita saksikan video montaj sepanjang program 2nd POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka.

PISPA ialah modul kokurikulum di Politeknik, Kolej Komuniti dan TVET yang bertujuan membentuk disiplin, kepimpinan, kemahiran insaniah serta kesiapsiagaan bencana dalam kalangan pelajar. Ia juga membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Majlis pentauliahan ini turut meraikan 150 Pegawai Kadet PISPA yang telah menamatkan latihan selama dua tahun dan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM. Mereka terdiri daripada pelajar daripada 14 politeknik di seluruh negara serta sebuah institusi swasta, iaitu DSH Institute of Technology.

Bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi dan keyakinan pelajar dalam bidang pertahanan awam, sebanyak empat kategori Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam telah dipertandingkan. Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 280 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang berentap bagi mempamerkan kemahiran serta keupayaan masing-masing.

Untuk makluman, program ini melibatkan penyertaan kontinjen Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara dan berlangsung bermula 02 hingga 06 Jun 2026 (Selasa hingga Sabtu).

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai Kadet PISPA yang telah diraikan. Semoga ia menjadi suntikan semangat buat semua pelajar khususnya untuk terus menyumbang bakti kepada bangsa, agama dan negara.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka
PISPA Politeknik Malaysia
PISPA Kolej Komuniti Malaysia
Politeknik Merlimau - PMM

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
*

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/reel/1373735068142178/
#ASPIRASI VIDEO MONTAJ SEPANJANG PROGRAM 2ND POLYCC MALAYSIAN CIVIL DEFENCE ANNUAL CAMP AND COMMISSIONING (MalCiDAC) TAHUN 2026 Mari sama-sama kita saksikan video montaj sepanjang program 2nd POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka. PISPA ialah modul kokurikulum di Politeknik, Kolej Komuniti dan TVET yang bertujuan membentuk disiplin, kepimpinan, kemahiran insaniah serta kesiapsiagaan bencana dalam kalangan pelajar. Ia juga membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan. Majlis pentauliahan ini turut meraikan 150 Pegawai Kadet PISPA yang telah menamatkan latihan selama dua tahun dan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM. Mereka terdiri daripada pelajar daripada 14 politeknik di seluruh negara serta sebuah institusi swasta, iaitu DSH Institute of Technology. Bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi dan keyakinan pelajar dalam bidang pertahanan awam, sebanyak empat kategori Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam telah dipertandingkan. Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 280 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang berentap bagi mempamerkan kemahiran serta keupayaan masing-masing. Untuk makluman, program ini melibatkan penyertaan kontinjen Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara dan berlangsung bermula 02 hingga 06 Jun 2026 (Selasa hingga Sabtu). Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai Kadet PISPA yang telah diraikan. Semoga ia menjadi suntikan semangat buat semua pelajar khususnya untuk terus menyumbang bakti kepada bangsa, agama dan negara. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka PISPA Politeknik Malaysia PISPA Kolej Komuniti Malaysia Politeknik Merlimau - PMM #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI * --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/reel/1373735068142178/
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews