#KAWALAN

SIARAN MEDIA - MAJLIS PENTAULIAHAN PISPA DAN 2ND POLYCC MalCiDAC : INISIATIF PENGURANGAN RISIKO BENCANA BERASASKAN MASYARAKAT

MERLIMAU, 6 Jun – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), hari ini menganjurkan Majlis Pentauliahan 2nd POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) Tahun 2026.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan dihadiri seramai 755 tetamu serta peserta. Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan antara pengisian utama program 2nd POLYCC MalCiDAC 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Jun 2026 di Politeknik Merlimau, Melaka.

Pasukan PISPA di peringkat Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan modul kokurikulum yang dibangunkan melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KPT. Modul ini bertujuan memperkukuh disiplin, membentuk kepimpinan serta melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dalam membuat keputusan. Selain kecemerlangan akademik, penyertaan dalam PISPA turut memberi nilai tambah kepada pelajar melalui pembangunan kemahiran insaniah, semangat kerja berpasukan dan kesiapsiagaan menghadapi alam pekerjaan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan melalui APM dalam memperkasakan pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti.

Bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi dan keyakinan pelajar dalam bidang pertahanan awam, sebanyak empat kategori Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam telah dipertandingkan. Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 280 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang berentap bagi mempamerkan kemahiran serta keupayaan masing-masing.

Majlis pentauliahan ini turut meraikan 150 Pegawai Kadet PISPA yang telah menamatkan latihan selama dua tahun dan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM. Mereka terdiri daripada pelajar daripada 14 politeknik di seluruh negara serta sebuah institusi swasta, iaitu DSH Institute of Technology. Pada majlis yang sama, empat Anugerah Pegawai Kadet PISPA bagi kategori Politeknik dan Kolej Komuniti turut disampaikan. Sementara itu, Kontinjen Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan berdasarkan jumlah mata tertinggi yang berjaya dikumpulkan sepanjang pertandingan.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka
PISPA Politeknik Malaysia
PISPA Kolej Komuniti Malaysia
Politeknik Merlimau - PMM

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031gFKA4VoxpuamRNq2mfzwPuRJ5yP8QkwxpegJ3HEfdpcwL9REsPnuLJGzM761Ri1l
#KAWALAN SIARAN MEDIA - MAJLIS PENTAULIAHAN PISPA DAN 2ND POLYCC MalCiDAC : INISIATIF PENGURANGAN RISIKO BENCANA BERASASKAN MASYARAKAT MERLIMAU, 6 Jun – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), hari ini menganjurkan Majlis Pentauliahan 2nd POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) Tahun 2026. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan dihadiri seramai 755 tetamu serta peserta. Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti merupakan antara pengisian utama program 2nd POLYCC MalCiDAC 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Jun 2026 di Politeknik Merlimau, Melaka. Pasukan PISPA di peringkat Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan modul kokurikulum yang dibangunkan melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KPT. Modul ini bertujuan memperkukuh disiplin, membentuk kepimpinan serta melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dalam membuat keputusan. Selain kecemerlangan akademik, penyertaan dalam PISPA turut memberi nilai tambah kepada pelajar melalui pembangunan kemahiran insaniah, semangat kerja berpasukan dan kesiapsiagaan menghadapi alam pekerjaan. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan melalui APM dalam memperkasakan pengurangan risiko bencana berasaskan komuniti. Bagi meningkatkan kemahiran, kompetensi dan keyakinan pelajar dalam bidang pertahanan awam, sebanyak empat kategori Pertandingan Kemahiran Pertahanan Awam telah dipertandingkan. Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan 280 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang berentap bagi mempamerkan kemahiran serta keupayaan masing-masing. Majlis pentauliahan ini turut meraikan 150 Pegawai Kadet PISPA yang telah menamatkan latihan selama dua tahun dan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM. Mereka terdiri daripada pelajar daripada 14 politeknik di seluruh negara serta sebuah institusi swasta, iaitu DSH Institute of Technology. Pada majlis yang sama, empat Anugerah Pegawai Kadet PISPA bagi kategori Politeknik dan Kolej Komuniti turut disampaikan. Sementara itu, Kontinjen Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan berdasarkan jumlah mata tertinggi yang berjaya dikumpulkan sepanjang pertandingan. Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka PISPA Politeknik Malaysia PISPA Kolej Komuniti Malaysia Politeknik Merlimau - PMM #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid031gFKA4VoxpuamRNq2mfzwPuRJ5yP8QkwxpegJ3HEfdpcwL9REsPnuLJGzM761Ri1l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews