#KEPIMPINAN

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026

Jumaat, 05 Jun 2026 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut dengan nyanyian lagu Negaraku serta 21 das tembakan kehormatan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Sejurus itu, Seri Paduka Baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormatan yang melibatkan 25 pegawai dan 510 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Istiadat diteruskan pula dengan perarakan lima Panji-panji Yang di-Pertuan Agong yang merangkumi Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Setiap panji yang diarak melambangkan kedaulatan, maruah dan tradisi ketenteraan negara yang dipelihara sejak sekian lama.

Untuk makluman, Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara sekaligus menjadi simbol ketaatan, kesetiaan dan pengorbanan tidak berbelah bahagi warga tentera kepada raja dan negara.

Majlis diakhiri dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan dan bacaan doa.

Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Jabatan Perdana Menteri

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0BEi6bT5vABVPhYUuCeQKBkhJ7gDTFNJeEuE4s9vuRCyuHprZ4q9Yb2bQ2TzArSE4l
#KEPIMPINAN ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2026 Jumaat, 05 Jun 2026 - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada pagi tadi. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut dengan nyanyian lagu Negaraku serta 21 das tembakan kehormatan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Sejurus itu, Seri Paduka Baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormatan yang melibatkan 25 pegawai dan 510 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Istiadat diteruskan pula dengan perarakan lima Panji-panji Yang di-Pertuan Agong yang merangkumi Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Setiap panji yang diarak melambangkan kedaulatan, maruah dan tradisi ketenteraan negara yang dipelihara sejak sekian lama. Untuk makluman, Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara sekaligus menjadi simbol ketaatan, kesetiaan dan pengorbanan tidak berbelah bahagi warga tentera kepada raja dan negara. Majlis diakhiri dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan dan bacaan doa. Turut hadir, YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Pengarah-pengarah Bahagian dan APM Negeri, Komandan-komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM serta Pegawai dan Anggota APM. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Jabatan Perdana Menteri #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0BEi6bT5vABVPhYUuCeQKBkhJ7gDTFNJeEuE4s9vuRCyuHprZ4q9Yb2bQ2TzArSE4l
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews