#KEPIMPINAN

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEGAWAI BERSEKUTU, PEGAWAI PASUKAN DAN PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT, REBEN PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN SERTA SIJIL APM NEGERI PERAK TAHUN 2026

Khamis, 04 Jun 2026 – Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Perak.

Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa, pengorbanan dan komitmen Pegawai dan Anggota APM yang telah menyumbang tenaga, masa dan khidmat bakti dalam memperkasakan peranan APM khususnya di Negeri Perak.

Untuk makluman, seramai 130 orang penerima telah menerima watikah pelantikan, bintang, pingat, reben perkhidmatan dan kecemerlangan serta sijil penghargaan APM.

Selain itu, turut diadakan Sesi Penyerahan Sijil Penubuhan Civil Defence Auxiliary (CDA) kepada lima buah CDA yang baharu iaitu CDA Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Manjung, CDA Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak, CDA Kampung Cinggong, CDA AKAR dan CDA Kem Lang Buana.

Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kol. Bersekutu (PA) Datuk Wira Ling Kah Chok, Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Sri Ir. Ts. Br. Dr. Liew Mun Hon, Mej. Bersekutu (PA) Mohd Ubaidullah bin Shaari dan Kapt. Bersekutu (PA) Soo Mun Chuen atas sumbangan dua buah kenderaan pacuan empat roda (4x4), katil pesakit dan lampu solar kepada APM Negeri Perak.

Turut hadir, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Azman bin Dato' Seri Yeop Junior (P.M.P.), Orang Besar Jajahan Kampar bersama YS Kol. (PA) Rohaizat bin Hadli, Pengarah APM Negeri Perak, Lt. Kol. (PA) Mohammad Azwani bin Kosnin, Timbalan Pengarah APM Negeri Perak, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Perak.

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak

#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya
#TaatSetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#APMMasaHadapan
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
*

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KfkXKmtXy7ibHy9eLzHZWFvavsBWeyA6GtG3oz2A8y4jTbeVkYBBkHMzSFp2ZJffl
#KEPIMPINAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEGAWAI BERSEKUTU, PEGAWAI PASUKAN DAN PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT, REBEN PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN SERTA SIJIL APM NEGERI PERAK TAHUN 2026 Khamis, 04 Jun 2026 – Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) Perak. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa, pengorbanan dan komitmen Pegawai dan Anggota APM yang telah menyumbang tenaga, masa dan khidmat bakti dalam memperkasakan peranan APM khususnya di Negeri Perak. Untuk makluman, seramai 130 orang penerima telah menerima watikah pelantikan, bintang, pingat, reben perkhidmatan dan kecemerlangan serta sijil penghargaan APM. Selain itu, turut diadakan Sesi Penyerahan Sijil Penubuhan Civil Defence Auxiliary (CDA) kepada lima buah CDA yang baharu iaitu CDA Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Manjung, CDA Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak, CDA Kampung Cinggong, CDA AKAR dan CDA Kem Lang Buana. Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kol. Bersekutu (PA) Datuk Wira Ling Kah Chok, Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dato’ Sri Ir. Ts. Br. Dr. Liew Mun Hon, Mej. Bersekutu (PA) Mohd Ubaidullah bin Shaari dan Kapt. Bersekutu (PA) Soo Mun Chuen atas sumbangan dua buah kenderaan pacuan empat roda (4x4), katil pesakit dan lampu solar kepada APM Negeri Perak. Turut hadir, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Azman bin Dato' Seri Yeop Junior (P.M.P.), Orang Besar Jajahan Kampar bersama YS Kol. (PA) Rohaizat bin Hadli, Pengarah APM Negeri Perak, Lt. Kol. (PA) Mohammad Azwani bin Kosnin, Timbalan Pengarah APM Negeri Perak, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Perak. Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Perak #APM #APMsanasini #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya #TaatSetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #APMMasaHadapan #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI * --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02KfkXKmtXy7ibHy9eLzHZWFvavsBWeyA6GtG3oz2A8y4jTbeVkYBBkHMzSFp2ZJffl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews