#BILIKGERAKAN
LAPORAN OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SAR) ORANG HILANG DI GUNUNG BATU PUTIH
📝02 Jun 2026
🌐Disediakan oleh Unit Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Info terkini berkaitan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan bagi mengesan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49 tahun, yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Spencer Chapman di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, Perak. Mangsa memulakan pendakian pada 23 Mei 2026 melalui laluan Pos Gedung – Gunung Bah Gading – Gunung Batu Putih – Kuala Woh.
Menurut kronologi, mangsa kali terakhir dilihat pada 24 Mei 2026 sebelum dipercayai tersasar daripada laluan asal. Operasi SAR kemudiannya digerakkan melibatkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Perhutanan Malaysia.
Sepanjang operasi, pasukan penyelamat menemui beberapa petunjuk yang dipercayai milik mangsa seperti kesan tapak kaki, snek makanan dan konjak jeli. Pencarian diperluaskan ke beberapa sektor termasuk kawasan Gunung Rayu, Sungai Ayer Busok dan laluan berhampiran Kem Sukaneka. Aset seperti helikopter, dron, kenderaan pacuan empat roda serta peralatan komunikasi turut digunakan bagi membantu pencarian.
Sehingga 01 Jun 2026, Operasi SAR masih lagi diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi dan anggota penyelamat bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemui.
Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.
Terus bersama APM.
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0GE1LD5joa35eaJBvDfhRK4KxAMaTBcB3btdA9YxduqMp2ABpj1Lr7rmHYJJjJQbPl