#ASPIRASI

APM KETEREH PERGIAT KEMPEN CEGAH HANTAVIRUS SEMPENA CUTI AIDILADHA

KOTA BHARU, 26 Mei (Bernama) -- Pasukan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Ketereh mempergiat kempen cegah hantavirus dan penyakit bawaan tikus bersempena dengan cuti Aidiladha.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata kempen itu memfokuskan aspek pencegahan melalui penjagaan kebersihan terutama di kawasan berisiko seperti sekitar pasar awam Peringat dan Melor.

"Cuti sekolah yang panjang serta cuti Aidiladha menyebabkan ramai rakyat ke luar negara atau berhimpun beramai-ramai, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan penyakit bawaan haiwan.

"Walaupun Malaysia belum merekodkan kes hantavirus, kempen kesedaran awal penting supaya masyarakat lebih peka terhadap aspek kebersihan terutama di kawasan pasar dan tempat awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Arif berkata kempen berkenaan diketuai Ketua Kompeni Perubatan CDA-08 Ketereh, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr Nurul Ain Razali dengan bantuan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu dan Klinik Warga Nurul Ain di Peringat.

Beliau berharap kempen itu dapat mendidik masyarakat supaya mengamalkan langkah pencegahan secara berterusan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan tikus dan haiwan lain.

Program selama setengah hari itu melibatkan pengagihan risalah berkaitan penyakit, punca, simptom serta langkah pencegahan kepada lebih 100 peniaga dan pengunjung pasar, katanya.--BERNAMA

Berita selanjutnya di sini:
https://bernama.com/radio/news.php?id=2561711

Dipetik daripada akhbar:
BERNAMA

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kelantan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032sNrUMF9d84TrnSyrFngZ2hi1Jn7kKFARACZjrb5DRBGLpftazywKNfBGsWMbKYPl
#ASPIRASI APM KETEREH PERGIAT KEMPEN CEGAH HANTAVIRUS SEMPENA CUTI AIDILADHA KOTA BHARU, 26 Mei (Bernama) -- Pasukan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Ketereh mempergiat kempen cegah hantavirus dan penyakit bawaan tikus bersempena dengan cuti Aidiladha. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata kempen itu memfokuskan aspek pencegahan melalui penjagaan kebersihan terutama di kawasan berisiko seperti sekitar pasar awam Peringat dan Melor. "Cuti sekolah yang panjang serta cuti Aidiladha menyebabkan ramai rakyat ke luar negara atau berhimpun beramai-ramai, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan penyakit bawaan haiwan. "Walaupun Malaysia belum merekodkan kes hantavirus, kempen kesedaran awal penting supaya masyarakat lebih peka terhadap aspek kebersihan terutama di kawasan pasar dan tempat awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Mohd Arif berkata kempen berkenaan diketuai Ketua Kompeni Perubatan CDA-08 Ketereh, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr Nurul Ain Razali dengan bantuan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Bharu dan Klinik Warga Nurul Ain di Peringat. Beliau berharap kempen itu dapat mendidik masyarakat supaya mengamalkan langkah pencegahan secara berterusan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit bawaan tikus dan haiwan lain. Program selama setengah hari itu melibatkan pengagihan risalah berkaitan penyakit, punca, simptom serta langkah pencegahan kepada lebih 100 peniaga dan pengunjung pasar, katanya.--BERNAMA Berita selanjutnya di sini: https://bernama.com/radio/news.php?id=2561711 Dipetik daripada akhbar: BERNAMA Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kelantan #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid032sNrUMF9d84TrnSyrFngZ2hi1Jn7kKFARACZjrb5DRBGLpftazywKNfBGsWMbKYPl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews