#ASPIRASI

PROGRAM KAMPUNG SIAPSIAGA APM LUBOK ANTU PERKASA KESIAPSIAGAAN PENDUDUK HADAPI BENCANA

LUBOK ANTU: Seramai 95 peserta menyertai Program Kampung Siapsiaga anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu yang berlangsung selama dua hari di Rumah Tutong, Danau, Engkilili, semalam.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan (PA) Desem Samuel, program yang diadakan pada 23 hingga 24 Mei itu bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.

Beliau berkata, program bermula seawal 7.30 pagi hingga 6.00 petang itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, APM Daerah Lubok Antu menugaskan dua pegawai bersama 12 jurulatih dan urusetia sepanjang program berlangsung bagi memastikan setiap modul latihan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Antara silibus yang diajar kepada peserta termasuk pengenalan kepada fungsi dan peranan APM, protokol bantuan pernafasan kecemasan (CPR), teknik menyelamat kecemasan serta langkah keselamatan ketika berlaku kebakaran.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/program-kampung-siapsiaga-apm-lubok-antu-perkasa-kesiapsiagaan-penduduk-hadapi-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Lubok Antu Page

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02qT1zKw8wDq73p26YkYcTg5jLEic592Rfnxsryo1Uy5dBUow99K4kzm44zg4SgqKRl
#ASPIRASI PROGRAM KAMPUNG SIAPSIAGA APM LUBOK ANTU PERKASA KESIAPSIAGAAN PENDUDUK HADAPI BENCANA LUBOK ANTU: Seramai 95 peserta menyertai Program Kampung Siapsiaga anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu yang berlangsung selama dua hari di Rumah Tutong, Danau, Engkilili, semalam. Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan (PA) Desem Samuel, program yang diadakan pada 23 hingga 24 Mei itu bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana. Beliau berkata, program bermula seawal 7.30 pagi hingga 6.00 petang itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Katanya, APM Daerah Lubok Antu menugaskan dua pegawai bersama 12 jurulatih dan urusetia sepanjang program berlangsung bagi memastikan setiap modul latihan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Antara silibus yang diajar kepada peserta termasuk pengenalan kepada fungsi dan peranan APM, protokol bantuan pernafasan kecemasan (CPR), teknik menyelamat kecemasan serta langkah keselamatan ketika berlaku kebakaran. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/program-kampung-siapsiaga-apm-lubok-antu-perkasa-kesiapsiagaan-penduduk-hadapi-bencana Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Lubok Antu Page #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02qT1zKw8wDq73p26YkYcTg5jLEic592Rfnxsryo1Uy5dBUow99K4kzm44zg4SgqKRl
0 Comments 0 Shares 5 Views 0 Reviews