#BILIKGERAKAN

28 PENDUDUK MASIH TERJEJAS, HAKISAN PANTAI TANJUNG DAWAI MEMBIMBANGKAN

TANJUNG DAWAI, 19 Mei – Seramai 28 penduduk daripada 16 keluarga masih terjejas dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial susulan kejadian air pasang besar yang melanda Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah sejak Sabtu lalu.

Kejadian tersebut turut memburukkan lagi hakisan pantai di kawasan berkenaan, sekali gus meningkatkan kebimbangan penduduk setempat yang kini berdepan risiko kehilangan kediaman.

Penduduk kini mendesak agar projek pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang tiga kilometer di pesisir pantai disiapkan segera bagi mengelakkan kerosakan lebih serius sekiranya fenomena sama berulang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pihak berkuasa lain terus menjalankan pemantauan berkala di sepanjang pesisir pantai bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Pegawai Bahagian Bencana Operasi dan Sekretariat APM Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Muzhaffar Ahmad Arib memaklumkan, pemantauan dilakukan setiap hari termasuk ketika air pasang bagi menilai tahap kenaikan air laut.

“Bacaan ombak pada pukul 2 petang hari ini mencatatkan ketinggian 2.8 meter, sedikit rendah berbanding 2.9 meter yang direkodkan sepanjang tiga hari berturut-turut sebelum ini,” katanya.

Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/28-penduduk-masih-terjejas-hakisan-pantai-tanjung-dawai-membimbangkan

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
APM Kuala Muda Page

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02kFbfDoi4m2sZMErWKxjgbTmjFSrJvTdujkPrbQaBDKvPXD6yoEK2Y3JBznB4dX3al
#BILIKGERAKAN 28 PENDUDUK MASIH TERJEJAS, HAKISAN PANTAI TANJUNG DAWAI MEMBIMBANGKAN TANJUNG DAWAI, 19 Mei – Seramai 28 penduduk daripada 16 keluarga masih terjejas dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial susulan kejadian air pasang besar yang melanda Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah sejak Sabtu lalu. Kejadian tersebut turut memburukkan lagi hakisan pantai di kawasan berkenaan, sekali gus meningkatkan kebimbangan penduduk setempat yang kini berdepan risiko kehilangan kediaman. Penduduk kini mendesak agar projek pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang tiga kilometer di pesisir pantai disiapkan segera bagi mengelakkan kerosakan lebih serius sekiranya fenomena sama berulang. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pihak berkuasa lain terus menjalankan pemantauan berkala di sepanjang pesisir pantai bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Pegawai Bahagian Bencana Operasi dan Sekretariat APM Daerah Kuala Muda, Leftenan (PA) Muzhaffar Ahmad Arib memaklumkan, pemantauan dilakukan setiap hari termasuk ketika air pasang bagi menilai tahap kenaikan air laut. “Bacaan ombak pada pukul 2 petang hari ini mencatatkan ketinggian 2.8 meter, sedikit rendah berbanding 2.9 meter yang direkodkan sepanjang tiga hari berturut-turut sebelum ini,” katanya. Berita selanjutnya di sini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/28-penduduk-masih-terjejas-hakisan-pantai-tanjung-dawai-membimbangkan Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah APM Kuala Muda Page #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02kFbfDoi4m2sZMErWKxjgbTmjFSrJvTdujkPrbQaBDKvPXD6yoEK2Y3JBznB4dX3al
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews