#LATIHAN
LATIHAN CABARAN KEMAHIRAN PERTAHANAN AWAM TINGKAT KESIAPSIAGAAN ANGGOTA APM SARATOK
SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok mengadakan Latihan Cabaran Kemahiran Pertahanan Awam bagi menguji tahap kemahiran, ketahanan fizikal dan kecekapan anggota dalam menghadapi situasi kecemasan serta operasi di lapangan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu berkata, latihan tersebut berlangsung di Padang Majlis Daerah Saratok pada Sabtu bermula 7.00 pagi hingga 6.00 petang dengan penglibatan seramai 32 anggota.
Menurut beliau, jumlah keanggotaan yang terlibat terdiri daripada dua pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang bersama-sama menyertai pelbagai cabaran latihan operasi dan fizikal.
Beliau berkata, latihan itu diadakan sebagai medium untuk menilai tahap kesiapsiagaan anggota selain memperkukuh kemahiran teknikal dan daya tahan mental dalam kalangan anggota APM Daerah Saratok.
“Program ini turut memberi penekanan kepada semangat kerja berpasukan, disiplin serta kemampuan anggota untuk bertindak secara pantas dan berkesan ketika operasi sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.
Antara silibus latihan yang dijalankan termasuk pengendalian haiwan berbisa, membentang dan menggulung hos bomba, memadam kebakaran serta halangan membawa beban.
Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/latihan-cabaran-kemahiran-pertahanan-awam-tingkat-kesiapsiagaan-anggota-apm-saratok
Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Saratok
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02cAYL5M83QrXm5bFJtERxYSzx7ryh8FB6Tf9QD9g9PUEV7Qm2WcpsXUw3bR21QZFTl