#BILIKGERAKAN

BANJIR SURUT, PPS DI KULIM DITUTUP PETANG INI

KULIM: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Al Muhtadin Sungai Seluang yang menempatkan 33 mangsa banjir daripada 10 keluarga di dua kampung di daerah ini ditutup sepenuhnya hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapt. (PA) Amirul Alif Ahmad, berkata PPS itu ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang tadi selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata, mangsa banjir itu membabitkan Kampung Sungai Seluang Bawah dan Kampung Sungai Seluang Seberang di Mukim Sungai Seluang.

"Semua mangsa yang tinggal di PPS membabitkan 13 lelaki dewasa, sembilan wanita, 10 kanak-kanak, seorang bayi perempuan, tujuh warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU), " katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, satu PPS dibuka di daerah ini yang menempatkan 33 mangsa daripada 10 keluarga dari dua kampung di daerah ini susulan banjir kilat melanda akibat hujan lebat sejak kelmarin.

Keadaan itu menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan rendah dan kebanyakan mangsa berpindah sendiri ke PPS pada jam 10.45 malam kelmarin.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/05/1551253/banjir-surut-pps-di-kulim-ditutup-petang-ini

Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Kedah
APM Kulim

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02W4vEZ7HoMPnRuVFCD7WRHYDdqgRRDhNUwaNzF6vw293zcwQGcpvexzUrpVH6K3Gsl
#BILIKGERAKAN BANJIR SURUT, PPS DI KULIM DITUTUP PETANG INI KULIM: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Al Muhtadin Sungai Seluang yang menempatkan 33 mangsa banjir daripada 10 keluarga di dua kampung di daerah ini ditutup sepenuhnya hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapt. (PA) Amirul Alif Ahmad, berkata PPS itu ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang tadi selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing. Beliau berkata, mangsa banjir itu membabitkan Kampung Sungai Seluang Bawah dan Kampung Sungai Seluang Seberang di Mukim Sungai Seluang. "Semua mangsa yang tinggal di PPS membabitkan 13 lelaki dewasa, sembilan wanita, 10 kanak-kanak, seorang bayi perempuan, tujuh warga emas dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU), " katanya ketika dihubungi hari ini. Media sebelum ini melaporkan, satu PPS dibuka di daerah ini yang menempatkan 33 mangsa daripada 10 keluarga dari dua kampung di daerah ini susulan banjir kilat melanda akibat hujan lebat sejak kelmarin. Keadaan itu menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan rendah dan kebanyakan mangsa berpindah sendiri ke PPS pada jam 10.45 malam kelmarin. Berita selanjutnya di sini: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2026/05/1551253/banjir-surut-pps-di-kulim-ditutup-petang-ini Dipetik daripada akhbar: Berita Harian Online Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Kedah APM Kulim #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02W4vEZ7HoMPnRuVFCD7WRHYDdqgRRDhNUwaNzF6vw293zcwQGcpvexzUrpVH6K3Gsl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews