#KEPIMPINAN

SAMBUTAN HARI PALANG MERAH DAN HARI BULAN SABIT MERAH SEDUNIA TAHUN 2026

Jumaat, 08 Mei 2026 - YTM Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Palang Merah dan Hari Bulan Sabit Merah Sedunia Tahun 2026 bertempat di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM. Kuala Lumpur.

Turut diadakan Sesi Penganugerahan Pingat Keberanian kepada Faris Danish Zulfadli bagi menghargai jasa dan keberaniannya yang berjaya menyelamatkan rakannya daripada lemas di Pantai Pasir Hitam, Langkawi pada Februari yang lalu.

Dalam kejadian tersebut, Faris Danish bukan sahaja nekad terjun ke laut untuk menarik rakannya ke daratan, malah turut berjaya memberikan bantuan pernafasan (CPR) dengan sempurna sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Beliau menyifatkan tindakan tersebut dilakukannya adalah atas dasar tanggungjawab dan ilmu yang telah dipelajarinya di dalam unit beruniform sekolah.

Dalam pada itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut melancarkan pakaian batik rasmi BSMM sebagai simbol penyatuan identiti nasional dalam organisasi yang kini mencecah usia perkhidmatan lebih 160 tahun di peringkat antarabangsa.

Turut hadir, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Wakil-wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

Jabatan Perdana Menteri
Malaysian Red Crescent

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid09oP7WpDspCnzRjUwetk7f9T47GwAwcYYMwK23JS1h9km24PwwysqjVWPKya4uVPEl
#KEPIMPINAN SAMBUTAN HARI PALANG MERAH DAN HARI BULAN SABIT MERAH SEDUNIA TAHUN 2026 Jumaat, 08 Mei 2026 - YTM Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Palang Merah dan Hari Bulan Sabit Merah Sedunia Tahun 2026 bertempat di Dewan Perdana, Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM. Kuala Lumpur. Turut diadakan Sesi Penganugerahan Pingat Keberanian kepada Faris Danish Zulfadli bagi menghargai jasa dan keberaniannya yang berjaya menyelamatkan rakannya daripada lemas di Pantai Pasir Hitam, Langkawi pada Februari yang lalu. Dalam kejadian tersebut, Faris Danish bukan sahaja nekad terjun ke laut untuk menarik rakannya ke daratan, malah turut berjaya memberikan bantuan pernafasan (CPR) dengan sempurna sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Beliau menyifatkan tindakan tersebut dilakukannya adalah atas dasar tanggungjawab dan ilmu yang telah dipelajarinya di dalam unit beruniform sekolah. Dalam pada itu, Tunku Puteri Intan Safinaz turut melancarkan pakaian batik rasmi BSMM sebagai simbol penyatuan identiti nasional dalam organisasi yang kini mencecah usia perkhidmatan lebih 160 tahun di peringkat antarabangsa. Turut hadir, YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Wakil-wakil Pegawai dari pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat. Jabatan Perdana Menteri Malaysian Red Crescent #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid09oP7WpDspCnzRjUwetk7f9T47GwAwcYYMwK23JS1h9km24PwwysqjVWPKya4uVPEl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews