#ASPIRASI

KEPENTINGAN KEWUJUDAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DI LONG BEDIAN

LONG BEDIAN: Seramai 30 peserta daripada etnik Penan dan Kayan menyertai Program Kampung Siaga: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Daerah Kecil Long Bedian 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Long Bedian pada Sabtu.

Berucap pada majlis tersebut, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Long Bedian, Nancy Abau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Menurut beliau, program seumpama itu amat penting khususnya bagi kawasan pedalaman seperti Long Bedian yang berdepan cabaran dari segi akses, komuniti serta jarak dari pusat bantuan kecemasan.

“Oleh sebab itu, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan asas dan persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

“Kita sedia maklum bahawa antara risiko bencana yang boleh berlaku di kawasan ini termasuklah banjir, tanah runtuh, kebakaran rumah panjang, pokok tumbang serta kemalangan jalan raya dan sungai,” katanya.

Nancy berkata, dalam situasi kecemasan, tindakan awal daripada komuniti sendiri amat penting sementara menunggu bantuan tiba.

Justeru, katanya, latihan seperti pertolongan cemas, bantuan pernafasan kecemasan (CPR), asas menyelamat kecemasan serta simulasi bencana yang dijalankan mampu memberi ilmu dan keyakinan kepada masyarakat untuk bertindak dengan lebih cepat dan teratur ketika berlaku kecemasan.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/kepentingan-kewujudan-angkatan-pertahanan-awam-malaysia-di-long-bedian

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Apm Marudi

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid021nFjFCGUcgheie1C8qi7JpdwB8d1Whx1tCxpCwoZPbF2rkC7KGifT9UUcfC3kSyGl
#ASPIRASI KEPENTINGAN KEWUJUDAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DI LONG BEDIAN LONG BEDIAN: Seramai 30 peserta daripada etnik Penan dan Kayan menyertai Program Kampung Siaga: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Daerah Kecil Long Bedian 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Long Bedian pada Sabtu. Berucap pada majlis tersebut, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Long Bedian, Nancy Abau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Menurut beliau, program seumpama itu amat penting khususnya bagi kawasan pedalaman seperti Long Bedian yang berdepan cabaran dari segi akses, komuniti serta jarak dari pusat bantuan kecemasan. “Oleh sebab itu, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan asas dan persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana. “Kita sedia maklum bahawa antara risiko bencana yang boleh berlaku di kawasan ini termasuklah banjir, tanah runtuh, kebakaran rumah panjang, pokok tumbang serta kemalangan jalan raya dan sungai,” katanya. Nancy berkata, dalam situasi kecemasan, tindakan awal daripada komuniti sendiri amat penting sementara menunggu bantuan tiba. Justeru, katanya, latihan seperti pertolongan cemas, bantuan pernafasan kecemasan (CPR), asas menyelamat kecemasan serta simulasi bencana yang dijalankan mampu memberi ilmu dan keyakinan kepada masyarakat untuk bertindak dengan lebih cepat dan teratur ketika berlaku kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/kepentingan-kewujudan-angkatan-pertahanan-awam-malaysia-di-long-bedian Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Apm Marudi #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid021nFjFCGUcgheie1C8qi7JpdwB8d1Whx1tCxpCwoZPbF2rkC7KGifT9UUcfC3kSyGl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews