#ASPIRASI

KERAJAAN SELANGOR KOMITED PERKASA KERJASAMA DENGAN APM HADAPI BENCANA

Kuala Langat : Kerajaan negeri terus komited menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor dalam usaha menghadapi sebarang kemungkinan bencana di negeri ini.

Exco Kemajuan Desa, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri perlu mengadakan lebih banyak program bersama APM bagi memastikan agensi berkenaan dapat bergerak di seluruh negeri ini dengan kerjasama pelbagai pihak.

Menurutnya, kerjasama ini bagi membolehkan masyarakat lebih peka dengan program yang dilaksanakan oleh APM termasuk Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221 Peringkat APM Negeri Selangor Tahun 2026 hari ini.

"Saya difahamkan, 40 penduduk kampung dengan pelbagai latar belakang menyertai skuad ini. Saya yakin penubuhan skuad ini dapat membantu pasukan APM sekiranya berlaku bencana di daerah ini kerana bencana ini luas sama ada ribut, bencana, banjir dan juga kecemasan, kemalangan dan juga peperangan sekiranya berlaku.

"Jadi penting adanya skuad Kampung Siaga 221 ini bertujuan memastikan lebih ramai lagi masyarakat hari ini cakna dan peka dengan skuad ini," katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis pelancaran anjuran APM Negeri Selangor berkenaan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Canggang, di sini hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1356105/kerajaan-selangor-komited-perkasa-kerjasama-dengan-apm-hadapi-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Harian Metro

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor
APM Daerah Kuala Langat

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0tGizcxPGH4KNhRY3j5ScA6BY6aYgbEgJDiLWGaTqSshhVCpSZnLqbaGGYVKeanfUl
#ASPIRASI KERAJAAN SELANGOR KOMITED PERKASA KERJASAMA DENGAN APM HADAPI BENCANA Kuala Langat : Kerajaan negeri terus komited menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor dalam usaha menghadapi sebarang kemungkinan bencana di negeri ini. Exco Kemajuan Desa, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri perlu mengadakan lebih banyak program bersama APM bagi memastikan agensi berkenaan dapat bergerak di seluruh negeri ini dengan kerjasama pelbagai pihak. Menurutnya, kerjasama ini bagi membolehkan masyarakat lebih peka dengan program yang dilaksanakan oleh APM termasuk Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221 Peringkat APM Negeri Selangor Tahun 2026 hari ini. "Saya difahamkan, 40 penduduk kampung dengan pelbagai latar belakang menyertai skuad ini. Saya yakin penubuhan skuad ini dapat membantu pasukan APM sekiranya berlaku bencana di daerah ini kerana bencana ini luas sama ada ribut, bencana, banjir dan juga kecemasan, kemalangan dan juga peperangan sekiranya berlaku. "Jadi penting adanya skuad Kampung Siaga 221 ini bertujuan memastikan lebih ramai lagi masyarakat hari ini cakna dan peka dengan skuad ini," katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis pelancaran anjuran APM Negeri Selangor berkenaan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Canggang, di sini hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1356105/kerajaan-selangor-komited-perkasa-kerjasama-dengan-apm-hadapi-bencana Dipetik daripada akhbar: Harian Metro Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor APM Daerah Kuala Langat #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0tGizcxPGH4KNhRY3j5ScA6BY6aYgbEgJDiLWGaTqSshhVCpSZnLqbaGGYVKeanfUl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews