#ASPIRASI

JAKET AiSU '6 DALAM 1'

KUALA LUMPUR - Berinspirasikan cabaran sebenar di lapangan, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghasilkan jaket AiSU berfungsi '6 dalam 1' yang direka bagi meningkatkan kecekapan serta keselamatan petugas ketika operasi.

Inovasi yang dibangunkan oleh Kapt. (PA) Shahrizal Hussin bersama tiga rakan pasukan APM itu dilihat sebagai solusi praktikal terhadap cabaran yang sering dihadapi anggota ketika bertugas dalam pelbagai situasi kecemasan.

"Idea menghasilkan jaket AiSU ini tercetus hasil pemerhatian terhadap keperluan anggota di lapangan yang terpaksa membawa pelbagai jenis pakaian dan peralatan bagi menyesuaikan diri dengan situasi.

“Dalam satu operasi, anggota APM mungkin menggunakan pelbagai jaket antaranya jaket hujan dan jaket keselamatan,” katanya.

Shahrizal berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, jaket itu menggabungkan enam fungsi utama iaitu sebagai jaket keselamatan, jaket hujan, jaket operasi, jaket kasual, life jacket serta utiliti tambahan untuk anggota.

"Keutamaan kita adalah memastikan anggota APM dapat bergerak dengan pantas dan selamat,” ujarnya.

Dipetik daripada akhbar:
Sinar Harian

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak
APM Muallim

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0W5FJAwTHa2Dkwz3r6etJ6RYcpntvzjivqgUZnMzmKuC18kDVanu5vz8finXiG4MPl
#ASPIRASI JAKET AiSU '6 DALAM 1' KUALA LUMPUR - Berinspirasikan cabaran sebenar di lapangan, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghasilkan jaket AiSU berfungsi '6 dalam 1' yang direka bagi meningkatkan kecekapan serta keselamatan petugas ketika operasi. Inovasi yang dibangunkan oleh Kapt. (PA) Shahrizal Hussin bersama tiga rakan pasukan APM itu dilihat sebagai solusi praktikal terhadap cabaran yang sering dihadapi anggota ketika bertugas dalam pelbagai situasi kecemasan. "Idea menghasilkan jaket AiSU ini tercetus hasil pemerhatian terhadap keperluan anggota di lapangan yang terpaksa membawa pelbagai jenis pakaian dan peralatan bagi menyesuaikan diri dengan situasi. “Dalam satu operasi, anggota APM mungkin menggunakan pelbagai jaket antaranya jaket hujan dan jaket keselamatan,” katanya. Shahrizal berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurutnya, jaket itu menggabungkan enam fungsi utama iaitu sebagai jaket keselamatan, jaket hujan, jaket operasi, jaket kasual, life jacket serta utiliti tambahan untuk anggota. "Keutamaan kita adalah memastikan anggota APM dapat bergerak dengan pantas dan selamat,” ujarnya. Dipetik daripada akhbar: Sinar Harian Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Perak APM Muallim #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0W5FJAwTHa2Dkwz3r6etJ6RYcpntvzjivqgUZnMzmKuC18kDVanu5vz8finXiG4MPl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews