#ASPIRASI
KERAJAAN LULUS BAYARAN ELAUN BUAT ANGGOTA KOR SISPA
KAJANG, 6 Mei – Kerajaan meluluskan pembayaran elaun kepada anggota Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) bagi meningkatkan kebajikan serta motivasi penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai pasukan sukarelawan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah tersebut berjaya direalisasikan hasil kerjasama erat dengan Kementerian Kewangan.
Menurut beliau, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini sedang memuktamadkan perincian berhubung kaedah serta kriteria kelayakan bayaran berkenaan.
“Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa kebajikan, motivasi dan profesionalisme sukarelawan muda negara,” katanya ketika berucap mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-74 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam hari ini.
Sehingga kini, sebanyak 58 institusi pendidikan di seluruh negara telah menubuhkan Kor SISPA yang merangkumi 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 24 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan 14 Institut Pendidikan Guru (IPG).
Daripada keseluruhan 22,000 penuntut yang aktif menjalani latihan, seramai 1,100 orang merupakan pelajar tahun akhir yang dijangka menjadi kumpulan terawal menerima manfaat daripada pelaksanaan skim elaun ini.
Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kerajaan-lulus-bayaran-elaun-buat-anggota-kor-sispa
Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM
Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02XPN95jxwNQHPzYmyrfvSHhjLYFnGRrVsh8T1BXvjjwq5YiKd3EYQ34DH7MqyGXCjl