#ASPIRASI
APM ANJUR SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM KE-74 MINGGU DEPAN
PUTRAJAYA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menganjurkan Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-74 pada Selasa dan Rabu ini di ibu pejabat agensi itu di Sungai Merab, Kajang.
APM dalam kenyataan memaklumkan sambutan tahun ini mengangkat tema "APM Nadi Kesiapsiagaan Masa Hadapan", selaras dengan komitmen berterusan agensi itu dalam memperkasa kesiapsiagaan rakyat dan memperkukuh pengurusan bencana secara menyeluruh.
Majlis perasmian sambutan itu dijadualkan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.
APM memaklumkan penganjuran sambutan itu menjadi platform penting dalam mempamerkan peranan dan tanggungjawab warga agensi berkenaan dalam melaksanakan tugas menyelamat, bantuan kemanusiaan serta pengurusan bencana.
"Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai aspek keselamatan serta kesiapsiagaan bencana, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.
APM memaklumkan pelbagai pengisian menarik dan berimpak tinggi dirancang sepanjang penganjuran HUTPA ke-74, melibatkan penyertaan agensi keselamatan, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan serta komuniti setempat.
"Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini, di samping mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai peranan dan fungsi APM dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat," menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Berita selanjutnya di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1540939/apm-anjur-sambutan-hari-ulang-tahun-pertahanan-awam-ke-74-minggu
Dipetik daripada akhbar:
Berita Harian Online
Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0211b3gJaeuqtkpnsLmmFBw9oPCj61pa88AhWVHrwUCgWKXMFhbXge3Ckc44dKY7dvl