#BILIKGERAKAN

SIARAN MEDIA - HUTPA 74 : APM MELANGKAH KE ERA BAHARU

KAJANG, 1 Mei – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menganjurkan Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Kali Ke-74 (HUTPA 74) Tahun 2026 bermula 5 dan 6 Mei 2026 (Selasa dan Rabu) bertempat di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sungai Merab, Kajang, Selangor.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema APM Nadi Kesiapsigaan Masa Hadapan selaras dengan komitmen berterusan APM dalam memperkasa kesiapsiagaan rakyat dan memperkukuh pengurusan bencana secara menyeluruh.

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 6 Mei 2026 jam 2.30 petang.

Penganjuran sambutan ini merupakan platform penting dalam menghargai jasa serta pengorbanan warga APM yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menyelamat, bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana di seluruh negara.

Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana selain memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia juga merupakan stategi korporat bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti serta memperkenalkan peranan serta fungsi APM kepada masyarakat.

Pelbagai pengisian menarik dan berimpak tinggi telah dirancang sepanjang tempoh penganjuran melibatkan penyertaan agensi keselamatan, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta komuniti setempat. Rujukan rasmi aktiviti program HUTPA 74 boleh dilayari di laman media sosial rasmi APM seperti Facebook, X, Instagram, TikTok dan Youtube.

Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini disamping mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai peranan dan fungsi APM dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid06BUnL3yweTGwhzAXVFGhfzasq7qYNe1VuSBQm2MQ9bXhmsR9bauWTdh5TZnBzwvbl
#BILIKGERAKAN SIARAN MEDIA - HUTPA 74 : APM MELANGKAH KE ERA BAHARU KAJANG, 1 Mei – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menganjurkan Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Kali Ke-74 (HUTPA 74) Tahun 2026 bermula 5 dan 6 Mei 2026 (Selasa dan Rabu) bertempat di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sungai Merab, Kajang, Selangor. Sambutan pada tahun ini mengangkat tema APM Nadi Kesiapsigaan Masa Hadapan selaras dengan komitmen berterusan APM dalam memperkasa kesiapsiagaan rakyat dan memperkukuh pengurusan bencana secara menyeluruh. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 6 Mei 2026 jam 2.30 petang. Penganjuran sambutan ini merupakan platform penting dalam menghargai jasa serta pengorbanan warga APM yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas menyelamat, bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana di seluruh negara. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana selain memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia juga merupakan stategi korporat bagi memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti serta memperkenalkan peranan serta fungsi APM kepada masyarakat. Pelbagai pengisian menarik dan berimpak tinggi telah dirancang sepanjang tempoh penganjuran melibatkan penyertaan agensi keselamatan, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta komuniti setempat. Rujukan rasmi aktiviti program HUTPA 74 boleh dilayari di laman media sosial rasmi APM seperti Facebook, X, Instagram, TikTok dan Youtube. Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini disamping mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai peranan dan fungsi APM dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Zahid Hamidi Mustapha Sakmud Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid06BUnL3yweTGwhzAXVFGhfzasq7qYNe1VuSBQm2MQ9bXhmsR9bauWTdh5TZnBzwvbl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews