#ASPIRASI

1 PBT 1 AMBULANS: KOMITMEN MELAKA SEDIA PERKHIDMATAN KECEMASAN LEBIH MENYELURUH

SERI NEGERI 28 April – Semua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka kini memiliki perkhidmatan ambulans sendiri, sekali gus meningkatkan lagi tahap kecekapan dan memendekkan tempoh tindak balas bagi sebarang kes kecemasan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif ‘1 PBT 1 Ambulans’ yang dilaksanakan sudah pasti akan memperkukuhkan lagi sistem tindak balas kecemasan dan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Menurutnya, perkhidmatan terbaharu itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan akses bantuan kecemasan lebih pantas dan menyeluruh, sejajar dengan peningkatan keperluan perkhidmatan ambulans di negeri ini.

“Berdasarkan rekod semasa, lebih 160 kes kecemasan di negeri ini memerlukan perkhidmatan ambulans setiap bulan, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk menambah aset dan memperluaskan liputan perkhidmatan.

“Dengan penambahan empat ambulans ini, kita dapat memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan di setiap zon PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

“Dua ambulans diserahkan kepada St John Ambulans Malaysia (SJAM) manakala dua lagi kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dikendalikan mengikut zon yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PBT Negeri Melaka dengan SJAM dan APM Negeri Melaka di Seri Negeri, hari ini.

Berita selanjutnya di sini:
https://www.melakahariini.my/1-pbt-1-ambulans-komitmen-melaka-sedia-perkhidmatan-kecemasan-lebih-menyeluruh

Dipetik daripada akhbar:
@melakahariini

Ab Rauf Yusoh
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0DuEwpzPuxvPwkghPyNPFZky4aYM8iwP2ZMVq58EB8SQz3Eyz4fS5evt4CLNfikiMl
#ASPIRASI 1 PBT 1 AMBULANS: KOMITMEN MELAKA SEDIA PERKHIDMATAN KECEMASAN LEBIH MENYELURUH SERI NEGERI 28 April – Semua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka kini memiliki perkhidmatan ambulans sendiri, sekali gus meningkatkan lagi tahap kecekapan dan memendekkan tempoh tindak balas bagi sebarang kes kecemasan. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif ‘1 PBT 1 Ambulans’ yang dilaksanakan sudah pasti akan memperkukuhkan lagi sistem tindak balas kecemasan dan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Menurutnya, perkhidmatan terbaharu itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan akses bantuan kecemasan lebih pantas dan menyeluruh, sejajar dengan peningkatan keperluan perkhidmatan ambulans di negeri ini. “Berdasarkan rekod semasa, lebih 160 kes kecemasan di negeri ini memerlukan perkhidmatan ambulans setiap bulan, sekali gus menunjukkan keperluan mendesak untuk menambah aset dan memperluaskan liputan perkhidmatan. “Dengan penambahan empat ambulans ini, kita dapat memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan di setiap zon PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). “Dua ambulans diserahkan kepada St John Ambulans Malaysia (SJAM) manakala dua lagi kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dikendalikan mengikut zon yang ditetapkan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PBT Negeri Melaka dengan SJAM dan APM Negeri Melaka di Seri Negeri, hari ini. Berita selanjutnya di sini: https://www.melakahariini.my/1-pbt-1-ambulans-komitmen-melaka-sedia-perkhidmatan-kecemasan-lebih-menyeluruh Dipetik daripada akhbar: @melakahariini Ab Rauf Yusoh Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0DuEwpzPuxvPwkghPyNPFZky4aYM8iwP2ZMVq58EB8SQz3Eyz4fS5evt4CLNfikiMl
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews