#KEPIMPINAN

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI MELAKA BERSAMA ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA (SJAM) DAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI MELAKA SERTA PELANCARAN INISIATIF "1 PBT 1 AMBULANS"

Selasa, 28 April 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bertempat di Foyer Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Untuk makluman, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka bersama St. John Ambulans Malaysia (SJAM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka.

Dalam pada itu, turut diadakan pelancaran inisiatif "1 PBT 1 Ambulans" yang dilaksanakan bagi memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan di setiap zon PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi sistem tindak balas kecemasan dan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sekaligus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam menyediakan akses bantuan kecemasan yang lebih pantas dan menyeluruh.

Dua (2) ambulans akan diserahkan kepada pihak St. John Ambulans Malaysia (SJAM) manakala dua (2) lagi ambulans akan diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka untuk dikendalikan mengikut zon yang telah ditetapkan.

Turut hadir, YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka, Mej. (PA) Nor Farhani binti Mat Hussin, Timbalan Pengarah APM Negeri Melaka, Pegawai Kanan APM, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah dan Pegawai Pertahanan Awam Unit (PPAU) Masjid Tanah dan Selandar serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Melaka.

Ab Rauf Yusoh
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
**

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02cHK2NgGy8hza76s8VDcYgM9YzrgUvj65U6z4jDC7GNtuDBvZGGZpZSbrmDeGNzg7l
#KEPIMPINAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI MELAKA BERSAMA ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA (SJAM) DAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI MELAKA SERTA PELANCARAN INISIATIF "1 PBT 1 AMBULANS" Selasa, 28 April 2026 - Sekitar majlis yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bertempat di Foyer Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Untuk makluman, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka bersama St. John Ambulans Malaysia (SJAM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka. Dalam pada itu, turut diadakan pelancaran inisiatif "1 PBT 1 Ambulans" yang dilaksanakan bagi memperkukuh keupayaan tindak balas kecemasan di setiap zon PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi sistem tindak balas kecemasan dan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sekaligus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam menyediakan akses bantuan kecemasan yang lebih pantas dan menyeluruh. Dua (2) ambulans akan diserahkan kepada pihak St. John Ambulans Malaysia (SJAM) manakala dua (2) lagi ambulans akan diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka untuk dikendalikan mengikut zon yang telah ditetapkan. Turut hadir, YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka, Mej. (PA) Nor Farhani binti Mat Hussin, Timbalan Pengarah APM Negeri Melaka, Pegawai Kanan APM, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah dan Pegawai Pertahanan Awam Unit (PPAU) Masjid Tanah dan Selandar serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Melaka. Ab Rauf Yusoh Jabatan Perdana Menteri Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI ** --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02cHK2NgGy8hza76s8VDcYgM9YzrgUvj65U6z4jDC7GNtuDBvZGGZpZSbrmDeGNzg7l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews