#ASPIRASI

PROGRAM KAMPUNG SIAGA APM PERKASA KOMUNITI RUMAH PANJANG HADAPI BENCANA

SARATOK: Program Kampung Siaga 221 : Komuniti Berdaya Tahan Bencana anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya dilaksanakan dengan lancar di Rumah Mulok, Klua, Krian dengan penyertaan seramai 100 peserta.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu, program berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk rumah panjang setempat.

Katanya, kehadiran ramai peserta menjadi faktor utama kejayaan penganjuran program tersebut sekali gus membuktikan masyarakat kini semakin peka terhadap aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana.

Program Kampung Siaga merupakan antara inisiatif utama APM dalam memberi pendedahan serta latihan asas kepada orang awam berkaitan ilmu pertahanan awam, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan dan bencana.

Bagi memperkukuh pengisian program, beberapa agensi turut dijemput menjayakannya termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Saratok.

Agensi terbabit menyampaikan ceramah berkaitan peranan masing-masing, tindakan yang perlu diambil semasa bencana serta bantuan kebajikan kepada mangsa kecemasan.

Berita selanjutnya di sini:
https://utusansarawak.com.my/program-kampung-siaga-apm-perkasa-komuniti-rumah-panjang-hadapi-bencana

Dipetik daripada akhbar:
Utusan Sarawak

Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Angkatan Pertahanan Awam Saratok

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02YWnKP93wTsddiqn9k3UaQJ7q9ECAojiejLcjg4ZJuikmkgJgbCTyf5vhKXUWLEMol
#ASPIRASI PROGRAM KAMPUNG SIAGA APM PERKASA KOMUNITI RUMAH PANJANG HADAPI BENCANA SARATOK: Program Kampung Siaga 221 : Komuniti Berdaya Tahan Bencana anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok berjaya dilaksanakan dengan lancar di Rumah Mulok, Klua, Krian dengan penyertaan seramai 100 peserta. Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan (PA) Nur Athirah Batu, program berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk rumah panjang setempat. Katanya, kehadiran ramai peserta menjadi faktor utama kejayaan penganjuran program tersebut sekali gus membuktikan masyarakat kini semakin peka terhadap aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana. Program Kampung Siaga merupakan antara inisiatif utama APM dalam memberi pendedahan serta latihan asas kepada orang awam berkaitan ilmu pertahanan awam, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan dan bencana. Bagi memperkukuh pengisian program, beberapa agensi turut dijemput menjayakannya termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Saratok. Agensi terbabit menyampaikan ceramah berkaitan peranan masing-masing, tindakan yang perlu diambil semasa bencana serta bantuan kebajikan kepada mangsa kecemasan. Berita selanjutnya di sini: https://utusansarawak.com.my/program-kampung-siaga-apm-perkasa-komuniti-rumah-panjang-hadapi-bencana Dipetik daripada akhbar: Utusan Sarawak Jabatan Perdana Menteri APM Sarawak Angkatan Pertahanan Awam Saratok #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid02YWnKP93wTsddiqn9k3UaQJ7q9ECAojiejLcjg4ZJuikmkgJgbCTyf5vhKXUWLEMol
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews