#ASPIRASI

MAHASISWA PERKASA KEMAHIRAN SUKARELAWAN MELALUI PROGRAM PENSIJILAN KECEMASAN KEBANGSAAN 2026

SERDANG, 18 April -Seramai 81 mahasiswa daripada universiti awam seluruh negara telah menyertai Program Pensijilan Sukarelawan dan Asas Kecemasan Kebangsaan 2026, satu inisiatif yang bertujuan memperkukuh kemahiran, kecekapan serta profesionalisme dalam kalangan sukarelawan pelajar.

Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) ini dilihat sebagai platform untuk menyeragamkan kompetensi sukarelawan mahasiswa, meningkatkan tahap keselamatan semasa pelaksanaan misi, serta membentuk sukarelawan yang berdisiplin dan berkemahiran melalui modul latihan yang berstruktur.

Pengarah PKPP, Prof Madya Dr Mohd Mursyid Arshad berkata, kepelbagaian amalan dalam misi sukarelawan pelajar memerlukan penyelarasan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi di lapangan.

“Selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035, program ini membantu merapatkan jurang dalam pembinaan sahsiah pemimpin masa hadapan, khususnya dari aspek kepemimpinan beretika dan penerapan nilai murni,” katanya.

Selain itu, penglibatan universiti dalam pelbagai misi sukarelawan seperti bantuan pasca banjir, khidmat masyarakat dan program keluarga angkat menuntut latihan sistematik bagi melahirkan mahasiswa yang bersedia memimpin serta berdaya tahan.

Program itu turut mendapat kerjasama strategik daripada Majlis Sukarelawan Universiti Awam (MASKUM), Majlis Kokurikulum Universiti Awam (UNICC) serta Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor.

Berita selanjutnya di sini:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mahasiswa-perkasa-kemahiran-sukarelawan-melalui-program-pensijilan-kecemasan-kebangsaan-2026

Dipetik daripada akhbar:
Berita RTM

Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Selangor
Kor Sispa Upm

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI

---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0nzic15ckz7PsgzupYxaCfLm7AJqidj5Sc23NAVXeXY6a3AaWf3ZomBQQb2LybwA4l
#ASPIRASI MAHASISWA PERKASA KEMAHIRAN SUKARELAWAN MELALUI PROGRAM PENSIJILAN KECEMASAN KEBANGSAAN 2026 SERDANG, 18 April -Seramai 81 mahasiswa daripada universiti awam seluruh negara telah menyertai Program Pensijilan Sukarelawan dan Asas Kecemasan Kebangsaan 2026, satu inisiatif yang bertujuan memperkukuh kemahiran, kecekapan serta profesionalisme dalam kalangan sukarelawan pelajar. Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) ini dilihat sebagai platform untuk menyeragamkan kompetensi sukarelawan mahasiswa, meningkatkan tahap keselamatan semasa pelaksanaan misi, serta membentuk sukarelawan yang berdisiplin dan berkemahiran melalui modul latihan yang berstruktur. Pengarah PKPP, Prof Madya Dr Mohd Mursyid Arshad berkata, kepelbagaian amalan dalam misi sukarelawan pelajar memerlukan penyelarasan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi di lapangan. “Selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035, program ini membantu merapatkan jurang dalam pembinaan sahsiah pemimpin masa hadapan, khususnya dari aspek kepemimpinan beretika dan penerapan nilai murni,” katanya. Selain itu, penglibatan universiti dalam pelbagai misi sukarelawan seperti bantuan pasca banjir, khidmat masyarakat dan program keluarga angkat menuntut latihan sistematik bagi melahirkan mahasiswa yang bersedia memimpin serta berdaya tahan. Program itu turut mendapat kerjasama strategik daripada Majlis Sukarelawan Universiti Awam (MASKUM), Majlis Kokurikulum Universiti Awam (UNICC) serta Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor. Berita selanjutnya di sini: https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mahasiswa-perkasa-kemahiran-sukarelawan-melalui-program-pensijilan-kecemasan-kebangsaan-2026 Dipetik daripada akhbar: Berita RTM Jabatan Perdana Menteri APM Negeri Selangor Kor Sispa Upm #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #MalaysiaMADANI #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut #Taatsetia #MADANIbekerja #DekadPlatinumAPM #DekadPlatinum221 #BersamaMalaysiaku #RancakkanMADANI --- Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook: https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0nzic15ckz7PsgzupYxaCfLm7AJqidj5Sc23NAVXeXY6a3AaWf3ZomBQQb2LybwA4l
0 Comments 0 Shares 4 Views 0 Reviews