#ASPIRASI
KERAJAAN PERKUKUH KESIAPSIAGAAN APM DI SARAWAK
MIRI, 16 April: Peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana terus diberi penekanan apabila kerajaan melihat kepentingan memperkukuh kesiapsiagaan, aset serta jaringan komuniti di seluruh negeri Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata APM Negeri Sarawak bukan sahaja tertumpu kepada operasi menyelamat, tetapi turut menekankan nilai kemanusiaan dalam setiap misi.
“Saya agak tertarik dengan pendekatan APM Negeri Sarawak ini. Mereka yakin bahawa setiap nyawa yang diselamatkan mungkin menjadi pemimpin, jurutera, peguam atau insan yang akan menyumbang kepada negara pada masa depan,” katanya ketika melawat Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri, hari ini.
Menurut beliau, kekuatan APM yang terdiri kira-kira 90 peratus sukarelawan menjadi antara faktor utama keupayaan agensi itu dalam menghadapi bencana seperti banjir dan kebakaran.
Dalam pada itu, beliau menegaskan keperluan menaik taraf pusat operasi APM termasuk di kawasan berisiko tinggi seperti Sibu serta memperkukuh kemudahan sedia ada bagi memastikan tindak balas kecemasan lebih cekap.
“Saya turut menegaskan keperluan untuk menaik taraf pusat operasi APM termasuk di kawasan berisiko tinggi seperti Sibu, selain memperkukuh kemudahan sedia ada bagi memastikan kecekapan tindak balas kecemasan,” tambahnya.
Berita selanjutnya di sini:
https://www.tvsarawak.my/2026/04/16/kerajaan-perkukuh-kesiapsiagaan-apm-di-sarawak/
Dipetik daripada akhbar:
TVS
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
APM Miri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#MalaysiaMADANI
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#BersamaMalaysiaku
#RancakkanMADANI
---
Catatan asal di Facebook / Original post on Facebook:
https://www.facebook.com/officialpageAPM/posts/pfbid0wfjsCZvh4EFeaGAUfTiLTEKnSvX7sTpUQc5q15o6dHUPEtqKJ3jdT15fr5jWo9Xil